Sunday, January 11, 2015

Makan AisKrim Diraja JWEL Dari F&N

Hi Korang,

Sape tak suker aiskrim memang ngekk lah kan.


Sama macam coklat gak, rasa hidup tak sempurna kalau tak dapat makan kan. Alah bukannya hari-hari makan sekali sekala sajorr

Ni aku nak citer kisah aiskrim orang kaya ni, ewah kayalah sangat. Bukanlah, ais krim JWEL ni terdiri daripada barisan lima bangsawan yang mewakili pengalaman aiskrim yang lazat.

Kisah di sebalik JWEL, Empayar Aiskrim


Sini aku perkenalkan Decadent Duke of Vanilla, Curvaceous Countess of Tiramisu, Delectable Duchess of Double Chocolate, Extravagant Earl of Caramel dan Brazen Baron of Dark Forest. Setiap bangsawan aiskrim mempunyai keunikan dan personality yang tersendiri.

Seperti mana-mana empayar yang hebat, JWEL mempunyai latar belakang yang menarik. Kisah watak-watak diceritakan secara jelas pada pembungkusan aiskrim, setiap pembalut mempunyai sebuah mahkota emas, tajuk pencipta dan motif-motif yang menjadi petunjuk kepada perisa serta asal usulnya

Hah amik ko kemain lagi sejarah aiskrim JWEL ni.


Sebab aiskrim ni sampai kat office maka seharusnya aku kongsi je dengan bebudak office ni. Tapi sebelum makan, kena bergambar dulu hahahahha..


Terus mengeces lah air liur tu kan memasing bila tengok gegambar ni. Ishkk dah pi beli sendiri ek.

Aiskrim JWEL ni boleh didapati pada harga RM3.50 sebatang atau RM13.80 untuk pek 4 batang di hypermarket dan pasar ray di seluruh negara. Kedai mamak pun ada jual gak aiskrim ni, tapi kedai makan kat umah aku ni la kan.

2 comments :

hazman fadzil said...

whoaaa.... ko dah makan semua perisa tu yea.... tengok design wraping aiskrim nie menarik perhatian orang dewasa macam aku nie... nak kena cari jugak la lepas nie

Siti Rohaida Yusof said...

kita tak pernah lagi tengok aiskrim nak kedai...nampak macam lazat je..nak cari ler jugak nanti