Monday, January 12, 2015

Rumah Kayu Comel Di Landcons Hotel, Pantai Cenang Langkawi

Hi Korang,

Ramai plak orang citer pasal naik sekolah hari ni, so aku citer lain dulu plak ek... hehehe


Masa ktorang bercuti di Langkawi hari tuh, ktorang stay kat Landcons Hotel Pantai Cenang. Memang tak buat booking pun main redah je ni.


Di sebabkan semua bilik superior dah full time tuh tinggal bilik suite je so aku pun amiklah coz malas nak survey-survey lagi. Memang bilik kat atas betul-betul roof top wei.

Bilik berbentuk rumah kayu. Ada 8 buah rumah kayu kat rooftop ni so kira 8 bilik la kan.

Mehlah tengoklah keadaan bilik ktorang ni.

ada tingkap comel untuk cuci mata

simple je katil queennya, yang penting air cond direct

built in cabinet

ada bathtub, boleh mandi dengan itik comel


simple je amenitiesnya 

Simple but nice. Luas memang luas pun, sesuailah untuk ktorang berdua. Privacy sudah tentu, senyap je masa ktorang naik kat level atas ni.

tempat ktorang lepak pagi-pagi

inilah view depan bilik

Duduk kat bilik ni bangun memang awal manjang, sebab ape? Nak tengok sunrise sebenarnya. Yelah ko, bukak pintu je, dah nampak view yang cantik tu kan, dengan view pantai Cenang kan. Awesome sungguhlah.

Basic amenities memang ada lah, macam sabun, kopi, teh, itulah., di sediakan sekali cerek untuk masak air panas.


Untuk 3 malam ktorang duduk di Landcons hotel ni, ktorang bayar hanya RM660 sahaja. Tak de tax, tak de service charge. Bayar siap-siap masa check in dulu, so tak yah nak fikir duit bilik lagi masa check out.



Bagi aku resort ni sesuai untuk orang-orang macam ktoranglah yang berdua, baru kahwin, kira best untuk honeymoon lah. Cam ktorang ni dah sampai muak-muak dah honeymoon tau.

Minatlah tu kan, ini alamatnya

Landcons Hotel
Jalan Pantai Cenang,
Langkawi

Telefon No. 04-953 1100

nampak tak bilik ktorang, nun tinggi kat atas tuh


nampak tak? betul-betul depan underwaterworld. siap ada aerial view lagi. aku amik dari dalam flight masa nak balik hari tuh. kagum kan!

(Landmark : betul-betul berhadapan Underwater World dan kedai duty free)

Sampai nak balik hari tu pun, masih sempat shopping lagi tau sebelum pi airport. Teruk kan perangai hehehehe…


Btw,
sepanjang aku travel sana sini, belum pernah aku berhadapan dengan masalah bilik hotel macam orang lain kena contoh macam, bilik air tersumbatlah, air con tak sejuk, tv rosaklah dan memacam lagi 1001 masalah. Maybe sebab nasib aku baik agaknya lah...



6 comments :

Kakcik Nur said...

Nak cuba duduk di sini juga nanti (bila tahun tu entah le)...Macam best je... :)

Nur Inani said...

seronoknyaa dapat tengok view dari bilik :D

Norma NML said...

macam best jer...nampak klasik :-)..

careno said...

view cantik tp tak boleh pijak2 pasir... hehehe... but utk privasi rasanya terbaek gak ni...

Siti Rohaida Yusof said...

wah..ke langkawi lagi ke..bestnya...macam nak pi lagi ke sana...

atie Bangi said...

saya akan ke langkawi 22 mac until 24 mac 2015..
Sudah pun booking di Landcons hotel..
fuhh tak sabar nak berjalan kesana.. sure best..