Friday, January 9, 2015

REVIEW | Filem Terbaik Dari Langit

Hi Korang,

Penghujung tahun 2014, ktorang akhiri masa-masa terakhir dengan menonton wayang. 

Movie yang aku tertunggu nak tonton adalah Terbaik Dari Langit, which is Mr Big tak mungkin akan pi tengok kalau aku tak paksa. So nak umpan ajak pi, aku banjerlah tiket wayang. Cam biasa beli online je, coz dah tau dah malam tahun baru mesti wayang full gilerlah.


Aku agak terperanjat jugak sebab bila masuk panggung tu almost full house cuma 3 baris kebawah je kosong, agaknya sebab sakit leher kot kena tengok mendongakkan. Seriouslah tak sangka, kebanyakan bebudak muda je, nampak tak ktorang yang tua kat situ hehehhehe

Tajuk filem je dah mantap, Terbaik Dari Langit. Aku agak ramai yang tertanya-tanya apa maksud disebalik tajuk filem ni. Catchy kann!


Sinopsis Filem Terbaik Dari Langit

Ingin meyakinkan apa yang dilihatkan pada 15 tahun yang lalu adalah UFO, seorang jejaka bernama Berg merancang satu pengembaraan bersama empat rakannya untuk mencari kebenaran tersebut dan membikin filem mengenainya. Namun, di sebalik perjalanan yang jauh itu mereka akhirnya menyedari sesuatu yang tidak pernah dijangkakan sebelum ini.


Bagi Aku:

Rupanya Berg,Ijam Ashburn, Toyu dan Ali ni empat sekawan daripada zaman diorang sekolah dulu. Cara flashback tu sangat menariklah sebab korang dah boleh agak cam ne watak mereka ni. Nadiya Nissa selaku watak Sofia Jane memang sangat comel dan aku rasa salah satu sebab mereka boleh bersatu balik adalah sifat Sofia Jane yang sangat helpful dan memahami.




Kelakar memang kelakar especially time diorang shooting di ala-ala gurun tuh dan juga time Toyu menjadi avatar sampai lembu orang kampung pun di cat sekali. Rasanya sepanggung pecah perut gelak sakan. 


Endingnya memang seperti yang tidak di sangka yang Berg sebenarnya……… jeng jeng jeng……

Mana boleh citer, spoil la nanti kan.

Tapi watak-watak dalam filem ni memang menggambarkan perangai kita sebenarnya, ermm pandai ek Redza Minhat tulis skrip.

Ok aku bagi 4.5/5 bintang untuk filem ni…

Klasifikasi: P13

Pengarah Terbaik Dari Langit: Nik Amir Mustapha

Pelakon Terbaik Dari Langit: Bront Palarae, Iedil Putra, Amerul Affendi, Megat Sharizal, Nadiya Nissa, Sharifah Amani, Siti Saleha

Aku rasa sempat lagi korang nak pi tengok kot sebab semalam ada lagi filem ni kat panggung. Kalau tak pun tunggu Astro First jelah, itu pun kalau Astro nak beli lah kan. Giler Astro tak nak beli, filem yang dah menang award ni kan.

pics :credit to google.com


2 comments :

hazman fadzil said...

whoaa..... jarang betul ko nak kasi high rate filem melayu.... rugi betul aku tak sempat tengok wayang...memang kena langgan astro first jugak la nanti nie

Amanda Suria said...

memang kena tgok ni....sesuatu je CikLily ni nyer review...buat SA tertanya2