Thursday, December 12, 2013

Ricoh PENTAX K-3

Hi Korang,


Aku memang tak berapa familiar dengan DSLR camera keluaran Jepun ni.

amik gambo sendiri coz tak de orang nak amikkan

Yelah ko, aku kan dah terbiasa dengan brand lain. Bila pi event gadget brand tak biasa ni rasa cam susah sket nak adapt.


PENTAX K-3 ni merupakan siri DSLR yang terbaru dalam keluarga RICOH, yang diperincikan dengan fungsi simulator anti-aliasing - inovasi hebat yang dicipta khusus untuk K3.

Good news pada kepada jurugambar professional dan peminat dunia fotografi yang ingin mengurangkan kesan beralun pada imej secara efektif tanpa perlu memasang penapid optikal anti-aliasing pada kamera. Inovasi canggih ini memberi pilihan kepada pengguna sama ada menggunakan penapis (filter) atau tidak sewaktu merakam pemandangan dan objek.

Pengurus produk, Takashi Arai berkata Pentax Siri K mempamerkan paparan imej yang lebih efektif dengan 24mp megapixel dan sensitiviti ISO 51200 terunggul. "Pentax K-3 lebih baik daripada produk hi speed continuous shooting lain dengan kuasa 8.3fps dan tentunya, fungsi simulator anti-aliasing memenuhi kehendak pencinta dunia fotografi" katanya.


Turut hadir, Pengurus Jualan Ricoh Imaging Co. Japan Malaysia, Ryota Shimamoto.





K-3 turut dilengkapi sensor imej terbaru APS-C-size CMOS (23.5mm x 15.6mm). Siri itu turut digabungkan dengan engin memproses imej PRIME III - yang melonjakkan kemampuan pemprosesan imej sekaligus mengurangkan bunyi bising secara efisyen. Hasilnya, kualiti gambar berkualiti tinggi walaupun dalam suasana terlalu terang.



Monitor LCD mudah dilihat 3.2 inci dengan anggaran 1,037,000 dot (dalam nisbah 3:2) dan kaca tempered pada panel depan sebagai jaminan ketahanan.


Ini plak Mr KL Yeam yang telah pun mereview Pentax K-3 ni, lihatlah hasil fotografinya sangat cantikkan.


Ini ciri-ciri yang ada di Ricoh Pentax K-3 :

· 24 megapixels

· APS-C (23.5 x 15.6 mm) CMOS Sensor

· Prime III Imaging Processing

· ISO 100 - 51200

· 27 Number of focus points

· 3.2" fixed LCD with 1,037,000 Screen dots

· 1920 x 1080 (60i, 50i, 30p, 25p, 24p) video recording

· Weather and dust resistant

· Lithium-Ion D-LI90

· 800 grams

· 131 x 100 x 77 mm


So far harga untuk Pentax K-3 ni belum dikeluarkan secara rasmi lagi oleh pihak Ricoh but dengar-dengar dalam RM4199 body sahaja, belum termasuk accessories lagi ye.

Itu je nak citer.

p/s : payah gak nak menulis bahasa gadget ni. Kena banyak kali baca dan pahamkan ayat then baru boleh translate ye hehehehhe


4 comments :

hazman aka species1980 said...

brand nie biasa dengar tapi belum penah cuba....tapi MEGAPIKSEL tu gempak tu...

Qashmere said...

Bestnya camera DLSR...

ietams said...

Sian dia amik gamba sendiri.. Lenkali amik la saya join... Hahaha (offer diri sendiri)

Amanda Suria said...

aduhai...x familiar la product ni..biasa ngan Sony, Nikon kan...tp kalau dah hasil nya menakjubkan setanding jenama yg ada sekarang dan harga berbaloi..y not kan...