Saturday, December 14, 2013

Lahirnya UBAN The Kucing Hitam

Hi Korang,

Dah lama nak citer tapi tak de timing bagus nak pos entry kan. Sudahnya upkan hari ni lah.

Kalau korang kaki stalker instagram aku memang akan perasan makhluk hitam yang wujud dalam hidup ktorang berdua ni.

Citernya cam ni.

Rasanya bulan lepas kot, aku pun tak ingat.


Ktorang nak kuar pi hospital untuk Mr Big pun follow up check up. Betul-betul kat sebelum simpang rumah tu, ada bas parking kat situ. Tup-tup cam ade menda nak berlari ke jalan. Cercepat aku brek, nasib baik takde kereta lain kat belakang.

Mr Big pun turun coz nak tengok apa menda tuh.

Eh cam landak dia kata, so dia pi dekat lagi rupanya anak kucing hitam yang bulunya cam landak. Agaknya anak kucing tu takut so dia sembunyi bawah bas tuh. Puas gak lah Mr Big merangkak-rangkak nak tangkap dia.

Dapat pun.

Bila dia pegang je, anak kucing tu duk diam je.


Terus dia bawak naik kereta dan cakap kat aku yang dia nak bela lah anak kucing ni. Berdesup aku drive bawak pi PetShop dekat dengan umah ni untuk hantar dia boarding 2 hari coz esoknya kitaorang ada event sepanjang hari.

Belikan dia makan dan masukkan dalam sangkar.


Masa register budak kedai pet tanya nak letak nama apa, terus je Mr Big cakap letak nama UBAN lah coz bulunya berselang seli hitam putih. Aku ok saje.

So masa pi amik untuk balik rumah tuh, sibuklah ktorang pi cari sangkar, pasir, tempat makan, dan memacam lagi lah keperluan kucing. Kira macam dapat baby lah. Semuanya nak beli.


Sampai rumah set upkan tempat tidur, makan dia semua baru masukkan ke dalam sangkar. So far tak de pun mengiau sangat, nampak cam takut tu ada lah. Biarkan dia duk dalam sangkar dulu, tengok cam ne kan.

Lepas 2-3 minggu, nampak cam dia ok je. Ktorang lepaskan dalam rumah waktu ktorang ada rumah. Kalau ktorang keluar, lepaskan dalam rumah gak but sliding door bukak sket so senang dia nak keluar masuk pi kat tempat pasir dia kan.


Ya ampun, keletahnya cam memang cam budak kecik. Camne perangai budak kecik cam tuh perangai si UBAN ni.Kitorang pun living hall tuh, dah macam tempat dia team building. Panjat sana, sembunyi sini, mencakar-cakar kat sofa kan. Aduyai, bersabarlah ye


Walaupun cam tu, si UBAN ni memang nampak mendengar kata. Bila kita kata no terus dia cam paham dan tak buat. Bila dipanggil, datang je kat ktorang. Tak de nak terpekik-pekik menjerit kan. Lagi plak, dia ni rajin nau menolong. Keluarkan habuk dari bawah katil, bawah sofa, bawah almari semualah yang aku tak sampai nak sapu hehehehhe. Sekali keluar, abis misai-misai bertanglung coz habuk ikut melekat sekali kan.

Itulah citer sket pasal kucing landak aku ni.


Nanti aku citer lagi cara-cara ktorang bersihkan dia ek. Mandi, potong kuku, korek telinga. Makan kuat budak ni tau.

Ermm tunggu tau

5 comments :

MAY said...

macam bela baby plak..hehe

Mohd Roshaidi said...

comel je si uban ni...penghibur kala stress tu..

ana likes said...

comel nye kucing tu tidur

Maria Firdz said...

comeinya si kucing hitam... sy pun suka bela kucing hitam.. krna hitam itu menawan... :)

Kujie said...

jantina tak nak cakap ke?

dok baca dari atas sampai bawah...hehehe nak tau