Wednesday, December 18, 2013

Makan-Makan Sempena Meraikan Perayaan CHRISTMAS Di ARMADA Hotel, Petaling Jaya

Hi Korang,

Dah dekat musim raya Krismas dan Tahun Baru ni. Rasa cam kejap je plak kan.


So korang-korang yang celebrate Christmas ni mesti tengah sibuk duk gantung perhiasan kat pokok Krismas kan, balut-balut hadiah dan tak lupa gantung stokin untuk atuk Santa Claus nak letak hadiah kan.

Sempat ke nak prepare masakan masa Krismas nanti.

Ermm itulah kalau tak sempat boleh je ke Utara Coffee House di Armada Hotel Petaling Jaya ni untuk menikmati hidangan buffet Krismas ni.

Cam biasa aku sempat merasai menu hidangan Krismas ni harituh, ada pelbagai jenis makanan yang aku sendiri tak pernah makan sebelum ni.







Dengan pelbagai jenis salad lazat dan makanan laut segar, termasuk hidangan tradisional daging Krismas dan pencuci mulut sekali, rasanya memang terbuka selera kita semua. Di antaranya Traditional Christmas Roast Turkey with Walnut Stuffing accompanied with Giblet Gravy and Cranberry Sauce and all the trimmings, Boston Oyster Bisque with Bread Rolls and Christmas Bread, Christmas Pizza, Roast Duck with Apple Sauce, Pan Seared Lamb with Garlic Soubise, Charbroiled Chicken with Red Pepper Coulis, Mussel Florentine, and Louisiana Pumpkin Pie.








Hidangan ini semua tidak akan lengkap dengan beberapa 'favourite' pencuci mulut iaitu Christmas Pudding with Vanilla Sauce, the Classic Yule Log Cake, Fruit Mince Pies, and another classic, the Christmas Stollen.


Untuk buffet 'CHRISTMAS & NEW YEAR’S EVE' feast ni, ianya pada 24th Disember 2013

Harga buffetnya adalah

RM75++ untuk dewasa

RM37.50++ untuk kanak-kanan (6 – 12 tahun)

RM60.00++ untuk warga emas 60 tahun ke atas


Lepas tu plak diorang ni ada CHRISTMAS & NEW YEAR’S DAY HI-TEA BUFFET, untuk ini cuma

RM65.00++ untuk dewasa

RM32.50++ untuk kanak-kanan (6 – 12 tahun)

RM55.00++ untuk warga emas 60 tahun ke atas

Sambil makan-makan tuh, pihak hotel juga menghidangkan hiburan lagu-lagu Christmas Carol untuk korang semua. Yelah sambil makan sambil nyanyi-nyanyi barulah happening kan.





Persembahan 'liveband' dari residen Hotel akan mempersembahkan hiburan pada waktu-waktu berikut :-

24 & 31 Dec 2013

1st set 7.00pm – 7.45pm | 2nd set 8.15pm – 9.00pm

25 Dec 2013 & 1 Jan 2014

1st set 12.30pm – 1.15pm | 2nd set 1.45pm – 2.30pm

Dengan makanan yang sedap lagi lazat, siap hiburan lagi rasa mesti meriah Krismas korang pada tahun ni. Jangan korang duk bantai menari udahlah ye.

Untuk tempahan, korang boleh hubungi 03-7954 6888 ext 4557 Utara Coffee House.

Jom kita ke


Utara Coffee House
Armada Hotel Petaling Jaya
Lot 4, Lorong Utara C, Section S2,
Petaling Jaya, Selangor

Tel : 03-7954 6888


So dah boleh start plan ye, nak ajak siapa, berapa nak bayar, nak bawak hadiah untuk exchange gift time tu kan. Ntahlah ikut suka korang la

Selamat Hari Krismas Korang...

1 comment :

Kisah Si Dairy said...

macam nak makan semua sekali...nampak menyelerakan...