Thursday, December 12, 2013

Si Jagung Manis Berperisa Nestle Natural Set Yogurt

Hi Korang,


Bila ada entry yang membabitkan resipi dan produk memang agak payah sket.

Mana tak nya, aku kena berfikir dekat seminggu untuk decide apa nak buat dengan produk ni.


Bebaru ni, dapat plak produk Nestle Natural Set Yogurt untuk di jadikan resipi dalam masakan aku. Berpeluh jugak ketiak, walaupun ramai orang cakap alah kacangnya, boleh campur kat semua masakan je.

Ewah-wah kemain sedap lagi korang kan. Pening-pening kepala aku memikirkannya tau.

So malas nak masak yang berat-berat, aku buat sesimple yang boleh ek


Memula sediakan barang-barang dulu. Pi beli kat Giant The Mines hari tuh. RM5.79 je, murah.



Pilih dulu jagung yang berkenan dek hati, tak kisahlah apa brand pun jadi jagung lah.

Inilah dia resipi

Si Jagung Manis Berperisa Nestle Yogurt.

Bahan-bahan:-


Jagung yang telah pun direbus tanpa letak apa-apa perasa ye


2-3 sudu Nestle Natural Set Yogurt

Caranya:-

Mudah benar. Lepas je jagung tu direbus, korang sejukkan seketika. Alah janganlah sejuk sangat dalam 5 minit cam tuh.




Kemudian masukkan Nestle yogurt tu ke dalam mangkuk jagung rebus tadi. Gaul hingga sebati, lepas tu bedal lah.

Sekejap betul.


Modal nak buat ni tak sampai pun RM15.00 tau, setakat nak beli yogurt dan jagung frozen je. Masak pun sekejap je, rebus jagung pun bukannya lama cam rebus daging kan.

Ok sebab apa Nestle Natural Set Yogurt ni baik untuk kesihatan kita, meh baca kat bawah ni.

Khasiat Nestle Natural Set Yogurt

1. Rendah lemak

2. Tiada gula tambahan

3. Mengandungi kalsium

4. Tiada pewarna

Lagi plak, Nestle Natural Set Yogurt ni merupakan bahan gantian bagi santan yang berkolesterol tinggi dan juga susu. Setiap 100gm kandungan dalam Nestle Yogurt ni hanya mempunyai 57 kalori dan 1.6g lemak berbanding dengan santa yang mengandungi 28.3g kolesterol.

Apmacam? ok kan produk Nestle Natural Set Yogurt ni


Itulah selain daripada snacks yang aku buat ni, boleh gak korang gunakan Nestle Natural Set Yogurt ni dalam pelbagai jenis masakan baik appetizer, main dish, baking, dessert dan any beverages.


Pendek kata, kalau korang kreatif guna Nestle Natural Set Yogurt ni dalam semua jenis masakan korang, confirm korang pasti di sayangi lah....

Anyway, selamat mencuba.



8 comments :

Kisah Si Dairy said...

buat salad buah atau sayur sedap jugak nie...

Amanda Suria said...

alamak..SA bab yougurt ni memang fail..x berapa gemar..

penaberkala said...

ok, boleh cuba nanti

msredcheesecake said...

ni lah resepi paling senang nak buat....hheee...

hazman aka species1980 said...

menu yang simple tapi berkhasiat.... btw kulit muka ko makin cantik la beb

nor hidayah mohd nor said...

wahhhh simple nye, tak pernah try jagung and yogurt. kena try ni.

Iday pon join jugak. jemput singgah :)

http://sayaiday.blogspot.com/2013/12/nestle-natural-set-yogurt-tom-yam-udang.html

Mas Zull said...

assalamualaikum CLP...sedap pulak tengok jagung tu...:_

Abg kachak said...

Santan ada kolestrol??? Kolestrol hanya ada pada haiwan..