Tuesday, December 24, 2013

In Love With AKIYO Jewellery

Hi Korang,

Aku memang amat suka pada aksesori. Yelah rasa tampak cantik je kalau kita pakai aksesori kan.

Collection aku memang sangat banyak sampai kekadang tuh, tak tau nak pakai yang mana satu. Nak pakai semua nanti orang kata aku mereng plak.

beauty blogger yang gorgeous! 
Innanie, Sabby, Ayna dan Mieza. Aku tak de coz aku tukang amik gambar la

Bila dapat invitation dari The ButterflyMsia Project ni, ada launching koleksi terbaru jenama AKIYO Jewellery ni, aku memang tak lepaskan peluang.


AKIYO Jewellery ini merupakan jenama perhiasan diri buatan tangan 'handmade jewellery' yang di inspirasikan dari eropah dan jepun yang bersesuaian dengan gaya hidup kita masa kini dan pada masa yang sama kita berkongsi kasih sayang di antara satu sama lain.



Akiyo percaya bahawa setiap kepingan aksesori mempunyai ceritanya yang tersendiri, bukan setakat 'charm' sahaja tetapi every single pieces ye. Akiyo itu sendiri bermakna “Bright, Clear, Sparkle”, di reka untuk menjadikan setiap orang itu unik dan satu aksesori yang bermakna untuk di raikan setiap detik di dalam hidup kita.

Logo 'signature' mereka iaitu The Four-Leaf Clover, berkelopak empat penjuru dan setiap kelompak mewakili Life, Faith, Hope, Love & Luck.

Meh aku tunjukkan di antara barangan aksesori yang ada di AKIYO Jewellery ni














Memang sangat-sangat cantik dan bersesuaian dengan wanita seperti aku yang sukakan kesederhaan .

Ni plak signature jewellery iaitu Pearl Collection.


Pearl White

Pearl Lavender

Pearl Champagne


Kesemua mutiara in adalah berasal daripada 'fresh water' yang 100% asli atau genuine yang sesuai digayakan oleh gadis-gadis muda tak kira siang ataupun malam.


Bagi musim Perayaan Krismas ni, Ktorang jugak di perkenalkan dengan Koleksi terbarunya yang mempunyai pelbagai charm untuk Christmas kali ni di antaranya Eiffel Tower, Gift box dan snowflakes. Sangat-sangat menarik hati. Ianya didatangkan bersama pearl dan Swarovski crystal charms yang bergemerlapan. 


Setiap charm berharga RM89 dan simple bracelet plak RM149 seutas. Rasa cam affordable kan


Yang best tuh, sebagai tanda terima kasih AKIYO jewellery pada ktorang, jeng jeng jeng... Ktorang di hadiahkan seutas bracelet berserta satu charm yang comel dan ada lagi, kitorang ni beri pilhan untuk memilih 1 daripada 3 charm koleksi christmas ni.

cuba teka tangan comel sape ni

Yesza, mau melonjak kegembiraan ni. Bagai pucuk di cita ulam mendatang, maka bertambah lah lagi koleksi bracelet aku ni.


Kesemua akiyo bracelet ini diperbuat daripada elastic rubber berkualiti tinggi yang memudahkan kita untuk memakainya. Tak payah nak buang masa nak hook bracelet tu just tekan je. Kalau dah lambat pi kerja just masukkan then tada...

Hah, suker lah tuh..


Kalau dah suka, apa lagi moh lah kita ke butik Akiyo ni. Lagi seronok cuti mata coz banyak lagi yang korang kena tengok kan.

Akiyo Jewellery Stores:

Akiyo Jewellery | facebook
3rd Floor Fahrenheit 88
Parkamaya Bukit Bintang 
Kuala Lumpur.

So siapkanlah duit sebanyak mungkin ye.


So for info pasal Akiyo ni boleh layari Akiyo Official website and like Akiyo FB Page for their latest updates.

Thank you The Butterfly Project for the invite!

p/s: to IllyArifin, k lily tak amik gambar awak coz dah jumpe dah gambar yang hilang tuh. huhuhuuhu thanks tau. i love u so muchie....



6 comments :

Afasz said...

wow cantik cantik la koleksi dia. sy suka gak, tp tkt je tecicir bila pakai... bile nak solat ke apa ke

msredcheesecake said...

DPT FREE? NI YG JELES NI...

SUKA SGT PENDANT YG CHUMELS TU...DROOL...

sitirohaida said...

cantik-cantiknya collection dia...teringin pulak nak beli...

Mieza Everdeen said...

lawa la gambar kak lily ambil :D

Mermaid said...

bestnye sis, untung la duk Kl boleh gi event, ika di penang, jauh bebonar ni ha huhuhu

TiranaAduka said...

dgn info yg ada ttg akiyo ni. Ta akan mula berjinak jinak .bolehkan?