Tuesday, August 20, 2013

Petang Itu di London Weight Management

Hi Korang,

Ada sekali tu dalam bulan puasa, aku ke London Weight Management kat The Mines ni.

Dapat sponsored post, so haruslah cuba try kan.

Aku memula seram gak nak masuk tempat ni, yelah tup-tup kena sign up ikut program payah gak nak bayar setiap bulan.


Memula sampai, registration lah dulu. Yelah nama nickname tak sama dalam nama kat IC kan. Isi details sket. Kemudian, aku dibawa ke Consultation Room. Kat sini lah Consultant aku Ms Boey, citer serba sket mengenai rawatan yang aku akan jalani nanti.


Kemudian ktorang ke Treatment Room. Rupanya dalam ni memang banyak bilik dan juga banyak mesin-mesin, adalah function yang tersendiri kan.


Now, tukar baju time. Kena tanggalkan semuanya dan aku diberikan tuala dan panties disposable. Lepas tu kena ambil gambar untuk dibuat comparison nanti. Memula tu aku segan gak, alah sesama pompuan kira ok jelah. Pi timbang berat dan amik ukurlilit semua bahagian yang berlemak.

Ok treatment time

Sauna dulu selama 25 minit cam tu. Hah keluar peluh jantan duk berasap dalam ni. Memula tak tahan gak but melama ok. Can take it. Abis semua rongga-rongga kulit terbuka.

Abis tu, terus aku dibawa ke bilik Treatment. Kat sini seluruh badan aku di sapukan dengan garam bukit ek, ke mineral salt. Alah lupa plak. Siap semua proses tu, di balut plak aku dengan InfraRed Blanket yang bersambung dengan salah satu mesin kat situ. Ok baring untuk 30 minit cam tu. Mengelupur aku tau coz belakang badan aku ni ada luka-luka sket so bila garam tu kena kat tempat luka tuh mak oi tak terkira pedihnya. Menusuk qalbu pun kalah. Nak tak nak kena tahan gak, teragak-agak badan dibuatnya. Dah bukan peluh lagi menitik dan rasa cam mandi garam.

Sambung sauna balik lepas tuh, kulit-kulit yang pedih tadi bila kena wap aduiyai peritnya still ada lagi. Terpaksa ku tahan jua. Lepas tuh, terus je diorang suruh pi mandi. Hah apa lagi, bukan main seronok di buatnya, yelah dapatlah hilang segala sakit perit tadi kan. Semua diorang dah siapkan, sabun, shampoo, conditiner. Aku just mandi jelah.

Now, final treatment.


Aku masuk ke Treatment Room yang lain plak. Kat sini, aku di pasangkan dengan alat vibrator yang bersambung dengan mesin. Diorang sapukan ampoule di tempat-tempat yang nak di kecilkan. Lepas je siap pasang alat tu pada aku, apa lagi abis bergetar tempat-tempat berlemak selama 45 minit. Kembang kecut dibuatnya. Alah 10 minit yang pertama je, lepas tu aku bantai tidur coz bilik tu sejuk sangat sampai kesan vibrator dah langsung tak rasa. Sampai kena kejutlah di buatnya.

Bangun dan terus bersiap. Tapi sebelum tu kena amik gambar lagi. Ishkk dah kurang segan sket, sebab gambar tu amik bahagian berlemak je bukannya seluruh badan pun. Kira oklah tu kan.


Masuk balik kat Consultation Room. Terus buka puasa kat situ gak. Diorang siapkan kurma dan air. So Mr Boey pun duk tunjuk kat aku perubahan badan dengan treatment tu semua tadi. Memang nampak perbezaannya tapi bukan kg loss ye but inch loss. Banyak gak lah turun.


Dia pun preparekan aku checklist apa yang patut di makan apa yang tidak dan cara pemakanan yang betul. Dia citer sket pasal produk yang dia bagi tu dan cara nak guna.Ermm bagus gak ni. At least adalah ilmu sket pasal penurunan berat badan.


Anyway terima kasih kat London Weight Management coz sudi menaja treatment ni.  Bagi aku oklah, very straight forward punya proses tak complicated pun.

Korang kalau nak berasa basic treatment ni, meh bagitau aku lekas coz aku ada a few FREE voucher untuk treatment ni. Jadi bolehlah korang merasa camner proses tu dijalankan.


Nak teruskan ke? kena fikir panjang. Bukan apa aku ni kuat makan, commitment untuk makan tu lagi kuat untuk kurus. Tapi demi untuk menjaga kesihatan, ermm nantilah aku bagitau ek.

19 comments :

Sukma Haron said...

saya dah pernah buat treatment free masa itu tapi time jumpa konsultasi dorang pujuk suruh bayar beribu gak lepas discount kena bayar RM 500 time tu jugak, mana nak cekau, dorang minta sikit duit deposit dulu rm 10 pun tak per. Tapi aku tak mahu bayar gak...dalam diam dorang kenakan aku, tapi puas hati dorang punya treatment sama ler dengan saya pernah ikuti.....nanti saya story kat entry.....huhu tak suka ler orang paksa maksa nie....

inasazali said...

wah 1st time tgk treatment punya london weight.. bgs la entry ni. trigin nk wat tp mhl..

Rose Azadir said...

Hi…saya blogwalking kat sini. Jemput datang ke blog saya yer http://ibu2ahmad.blogspot.com

Azham Vsvc said...

Wah treatment yg selalu ditonton dalam TV...akak sudah merasainya!

Saya pun pernah try Y*n Nam tau, sbb dia cakap free treatment kalau SMS la bagai then saya pun pergi la...last-last diorang suruh sy sign up utk treatment harga beribu tu...saya tak nak saya cakap sy student lagi...last2 diorang cakap kasi RM10 pun cukup....sebagai deposit sama mcm kes akak kat atas tu huhuhu

violetagurlz said...

Best nya..mcm mna awak boleh dpt free consultation tu..teringin nk try..info please ;) qiz.violeta@gmail.com
-Wawa-

violetagurlz said...

Teringin nk try..mna u dpt voucher tu..info pleasee ;) qiz.violeta@gmail.com

violetagurlz said...

Best nya..mcm mna awak boleh dpt free consultation tu..teringin nk try..info please ;) qiz.violeta@gmail.com
-Wawa-

Anonymous said...

Saya pon dah terkena di yunam hair care tadi.. Dye ckp pasal rm 3000.. Mane nak cekau duit.. Last2 dye bagi promtion rm688.. Lepastu pakse deposit time tu jugak rm500.. Sy mmg tengah xde duit..sy deposit je la rm50.. Sy nak fikir pon dye xbagi ruang mase untuk fikir..last2 sy bayar je rm50 reserve.. U olls rase perlu ke sy sambung pembayaran ni.. Menyesal betul bayar rm50 2.. Haha.. Tapi diorang mmg pandai saiko.. Bape besar la gaji diorang ek.. Berhati hati sebelum ke yun nam..

nor fadhilah said...

g newyork skin solution guna baucer rm30 dia..dgn my kakak..dh siap2 pesan pd kakak..wla apan terjd jgn byr!!..sma tricknya mcm u all kena...tp xdapat deh nk membongek den...last2 dia melopong nk duit kami lg..haha

Kaka Kacang said...

Sangat jarang saya menemukan sebuah blog yang informatif dan menghibur seperti ini.
Poker Online Indonesia

hazwani zuzuki said...

Bpe ribu kak

Rosniza Mee said...

Assalam....ada sesiapa yang dpat SMS London weight Dr tv3 ari tu x?

Anonymous said...

Jka ada Yang nak cffee slim lwm..boleh email saya.. zcklz@ yahoo.com coffee terkini...harga asal 210 saya bg harga kekawan ja Rm160..t.kasih

zcklz said...

Saya pengemar coffe slim...dalam masa yg sama saya jga nak bg ofer ..hrga asal 210...saya nak bg haga kawam...rm160 sh...email saya zcklz@ yahoo.com tq

Nurul Hafizah said...

Fiza bru dpt call dri landon w.m sempena bufday diorang bg free treatment n rm500 voucher....tapi cam seram nk g sbb dh bace ade kene tipu bagai....silap2 kene regester kene bayo...mntak pendapat pliz....

Nurul Hafizah said...

Fiza bru dpt call dri landon w.m sempena bufday diorang bg free treatment n rm500 voucher....tapi cam seram nk g sbb dh bace ade kene tipu bagai....silap2 kene regester kene bayo...mntak pendapat pliz....

fauziana polly said...

Esok sy pg london weight ni,sbb dpt voucher rm500..mmg kene kuat mental dan fizikal lah yek.
sbb gedik nak cube..dorg mmg akan saiko kite untuk cube itu ini..free treatmnt tu hnya utk promot jek..
sbb sy pernah dapat voucher yun nam hair jugak..treatmnt 2jam..
dgr jek die membebel psal produk dorg..suh join treatment rm2000++ tapi sy berkeras hati ckp xde cash skrg nti balik bincg dgn suami..then balik je dan jgn pndg blkg lg =D

Anonymous said...

Hi, I have 7 sections of fat burning section is sold at low price in London Weight Management. Kindly email me at crystal_yee28@live.cn if you are interested. Thank you =)

Hannah said...

Wow! Such beautiful photos. Since we've arrived in Calgary I've appreciated the tips and suggestions that I've found on your blog. Thanks! find more