Monday, August 5, 2013

Buka Puasa Dengan AMINA EL SHAFEI Masterchef Australia

Hi Korang,

Hari tuh, aku cerita pasal aku pi shopping dengan Amina comel MasterChef Australia ni kan. Now meh sambung citer berbuka puasa dengan beliau plak.


Aku dapat jemputan dari Nuffnang dan Lifetime Channel untuk pi buka puasa di Blu Med The Boulevard ni. Dapat invitation 2 so pi dengan Mr Big lah. Ktorang sampai awal, so jejalan pi tengok kasut raya dulu lah. Banyak gak yang berkenan tapi tak tahu yang mana satu nak pilih kan.


Ktorang turun ke Blu Med dalam kul 6.45pm cam tu, orang belum ramai lagi so cepat-cepat amik seat depan supaya senang sket amik gambar. Yang ada petang tu, aku, Hazman, Kidd dan Jokco. Biasalah geng-geng ni yang FREE time petang-petang cam ni kan.


Tak payah nak diperkenalkan lagi, semua orang kenal dengan Amina El Shafei ni, salah sorang peserta MasterChef Australia Season 4 ni. So selain dari buka puasa, Amina akan buat 2 cooking demo resipi ciptaannya bercitarasakan Malaysia.

Meh tengok buffet line buka puasa di Blu Med Restaurant ni.





Ermm sedap dan menyelerakan. Walaupun western tapi sedap bangat ooo. Lazat tak terkira walaupun dory fishnya agak masin sedikit.




So lepas buka tuh, baru Cooking demo Amina pun start.


First sekali dia masak Tamarind, Chili Prawn


Memang simple cara dia masak. Nama cam gaya kan but sebenarnya bila dah rasa lebih kurang macam sambal udang gituh tapi di fusion kan.

Kedua Pandan Cake
Adalah nama panjangnya tapi aku lupa plak. Yang ni aku tak sempat rasa coz aku kena pi cari ubat untuk Mr Big kan. So tak dapatlah nak rasa. Suruh bebudak lain yang rasa dah lah.



Anyway thank you to Nuffnang dan Lifetime Channel coz sudi forwardkan invitation ni kat aku. Eh bukan senang nak jumpa selebriti tau. Dapat peluang cam ni, terus grab ye..

Haruslah lepas ni cuba resipi Amina ni, memang nampak sedap je plak aku tengok kan.


9 comments :

shark said...

bertuahnyer dpt rasa masakn dia..
pernah tgk dia btanding dlm masterchef..
salah seorg faveret setiap episod..
tp rezeki dia xdek.

Innanie Ariffin said...

masak kak... masak.... hehehe :)

bila akak pulak nak jadi malaysia masterchef contestant?? :)

hazman aka species1980 said...

Hurmm.... resepi dah ada ... so boleh cergas cuba masak yea... ehhehehe

SecretOfShaila said...

okay..namapat mmg mcm sedap...^^

Amanda Suria said...

Seronoknya...SA suka tgok Ameina ni masak. .dia bkn malaysian kan?

transformed housewife said...

bestnye dpt jumpa Amina tu. Akk pun suka tgk dia dlm Masterchef Australia S4.

Hanif Idrus said...

Bestnya dapat merasa masakan chef terkenal

azieazah said...

Kami serumah tak pernah miss Masterchef Australia tuh. Memang kami minat Amina juga, selain Julia dan Ben.

Beruntung awak dapat peluang jumpa orang terkenal macam Amina nih. Dia unik sebab dia mix kan? Mesir + Korea.

JMR said...

pasni cik lily masak lak, kasi aku try..