Monday, August 12, 2013

Cerita Syawal Yang Senantiasa Tak Habis

Hi Korang,

Hari ni dah mula keja pun. Aku tak amik cuti, malas lah.

Lagi pun kerja kat opis ni melambak2 plak dari sebelum raya so baiklah settlekan cepat kan.

berlatarbelakangkan Banjaran Titiwangsa

Tahun ni, ktorang berserdehana je dalam persiapan raya. Baju raya pun tak beli coz my M.I.L dah hadiahkan ktorang jubbah seorang 2 helai so haruslah manfaatkan sebaik mungkin. Siap dengan selendang dan kopiah bagai.


Raya tahun ni, first day tu ktorang beraya di rumah F.I.L Rembau. Rembau most wanted yo!. Pepagi lagi dah masjid untuk solat. Mak oi ramai betul orang sampai luar-luar masjid pun orang sembahyang gak. 

anak sedara yang nakal..

Abis solat balik dah terus bermaafan. Aduiyai bab ni yang touching sekali. Mintak maaf kan. Taulah memasing banyak dosa hehehehehhe

Siap semua, jom pi beraya plak.

suker ketupat asli ni

Rasanya lebih dari 10 rumah ktorg pi beraya. Maklum sedara mara duk dekat-dekat so senang sket nak terjah. Bab makan paling best ni, 10 rumah = 10 jenis menu yang berbeza. Memacam yang ditelan, ketupat, rendang, lemang, lodeh, sambal udang, nasi minyak. Ya ampun, aku rasa kalau perut tu boleh bercakap dan confirm-confirm menjerit mintak tolong.

Sampai rumah membungkang tengok TV kan.

welcome to family Nurul Maya 

air favourite time raya 

mastercHef yang di datanGkan dari Singapore

Esoknya balik Melaka plak, sambung beraya kat umah mak aku. Hah, makan lagi. Penat siang beraya plak buat BBQ plak. Yelah orang datang beraya, ktorang hidangkan BBQ je. Senang, lain daripada yang lain. Makan melantak sambil gossip-gossip kan.

Cam tu lah raya ke 3 dan ke 4. Beraya makan beraya makan. Memang tak akan abis punya lah.

lemang plakk

untuk masak lemak cili api daGinG salai

Sempat jugaklah ktorg bakar lemang dan salai daging untuk makan tengahari semalam sebelum balik KL. Kira bawak bekal gituh lah. Boring-boring dalam jem, makan lemang.

Hah itu dia cerita raya aku tahun ni. Serba sederhana tapi meriah. Yang penting dapat eratkan jalinan kekeluargaan, dapat jumpa sedara mara yang tak pernah kenal, dapat beraya dengan tersayang, dapat makan air tangan ibu dan yang penting happy je..

Itu je..

p/s : confirm weekend ni mesti tak lekat di rumah, yelah undangan OPEN HOUSE dah menunggu kan.

6 comments :

hazman aka species1980 said...

whoaaa... cool giler siap buat daging salai siot... sedap tue...

deq noor said...

Selamar Hari Raya & maaf zahir batin.. :)

cha said...

samola kampung kek ghombau kak hehe selamat hari raya maaf zahir batin :)

Izzat Eshak said...

selamat hari raya cik lily putih!

Cik Nurul Siezuka said...

Meriahnyer Raya Kak Lily..Selamat Hari raya Kak.. Maaf zahir & Batin.. :)

Amanda Suria said...

Assalamualaikum cik lily...wahhh...meriahnya raya kan...pas ni nk ngadap open house pulak ye...