MY HISTORIC MOMENTS

Tuesday, August 6, 2013

Vanity Trove Exclusive RAYA Edition With SASA

Hi Korang,

Musim nak raya ni, memacam lah menda yang kita buat untuk jadi cantik dan berseri.

Yelah nanti orang datang raya ke rumah tak de lah terperanjat menengok muke korang yang ala-ala serabai tuh. So mestilah cantik-cantik gituh.

Kira bersesuaian gak lah Vanity Trove dan juga SASA menawarkan beauty box mereka Exclusive Hari Raya Edition 2013. Masa aku dapat beauty box ni, mak ai bukan main berat lagi. Rasa macam diorang letak batu je dalam lah.

Mehlah kita tengok apa ada kat dalam box ni ek


Hah ko, bukan main banyak lagi barang. Ada full size plak tuh, ada 2-3 barang gituh.


1. CYBER COLORS CLEANSING OIL (LAVENDER) – RM53.90 (200ml)

Kira macam make-up remover but boleh dicuci dengan air. Tak yah guna facial cotton. Titikkan 2-3 titik ditangan dan sapukan di muka rata-rata. Kemudian cuci. Ia membantu melembutkan kulit tau


2. NEOGENCE AMINO ACID CLEANSING MOUSSE -  RM 39 (180ml)

Pencuci muka yang mengandungi mild acidity of pH5.5 yang sesuai untuk semua jenis kulit termasuk kulit aku yang berminyak ni. Jauh kedalam membersih dan juga melembutkan kulit mati so senanglah tertanggal kulit tu kan. Pakai cam cuci muka biasa je


3. HARUHADA YUZU PORE CLEANSING GEL -  RM 34.90 (50g)

Untuk hidung yang banyak bintik hitam tuh, eloklah guna pore gel ni. Dia bukan mask yang tarik kat hidung  tuh. Macam pencuci muka but untuk hidung. Boleh control minyak berlebihan dan hilangkan bintik hitam.


4. NATURAL AQUA GEL BY CURE -  RM 115 (250g)

Eh ni no. 1 brand kat Jepun tau. Berupaya menghilangkan kulit mati dan menyokong pengeluaran kulit baru. Semua FREE tak de preservative, coloring free, mineral oil free dan alcohol free tau. Cara pakainya lepas je bersihkan muka, keringkan muka. Kemudian sapukan Aqua Gel dimuka dan gosok perlahan-lahan.Lepas tu bersihkan.


5. BRTC JASMINE 3D MOIST POWDER - RM 55 (25g)

Macam loose power but more macam velvet cream once dah disapu kat muka. Boleh control minyak berlebihan, tutup cela-cela yang tak cantik dan juga memberi kecerahan dan kelembutan kulit di muka. Lepas je korang sapukan foundation atau BB cream, terus je tepek kat muka dengan amount yang bersesuaian.


6. NUXE HUILE PRODIGIUSE MULTI-PURPOSE DRY OIL - RM 148 (100ml)

Ramai betul beauty blogger duk bercerita mengenai minyak ni.  Bukan apa minyak ni boleh memperbaiki dan melindungi muka, badan dan rambut dengan kandungan Precious Plant Oils (30%) dan Vitamin E. Best seller gak produk ni. Boleh buat minyak wangi pun tau.

Cara nak guna :

Muka – Just campurkan setitik minyak ini kedalam foundation korang untuk kurangkan sticky effect.

Rambut – Spraykan kat hujung rambut gituh untuk nampakkan natural.

Badan – Renjiskan beberapa titik di dalam mandian dan enjoy..



Sekali dapat 6 jenis produk kan. Terbeliak mata kejap, semuanya menarik dan bersesuaian dengan kulit muka aku. Korang pun boleh cuba gak tau.

Nak lebih details, meh klik kat sini:


Facebook Vanity Trove :

Laman web Vanity Trove : 

Untuk subscribe Raya Exclusive Trove : 

Facebook Sasa Malaysia :

Apa lagi moh lah dapatkan ek..

No comments :