Friday, July 26, 2013

Pengalaman Rawatan Di Unit Kecemasan Hospital Kerajaan

Hi Korang,

Minggu ni, life ktorang agak chaos ni.

Mana taknya isnin petang hari tuh, Mr Big accident plak kat depan simpang Country Height ni. Entah cam ne tup-tup dia dah terus masuk ke longkang besar tuh. Bawak bukannya laju coz jalan jem time tuh, ntahlah dah takdir kot. So redha je lah.

Nasib baik ada penunggang motorsikal yang prihatin tolong keluarkan Mr Big dari longkang beso tuh dan nasib baik gak aku baru je sampai rumah. Dia call aku suruh pi amik kat tempat kejadian.

Sesampai je tempat Mr Big dah terduduk tepi longkang tuh, tak boleh bangun. Nak nangis pun ada gak tapi tahan je. Lepas diorang masukkan dalam kereta terus je aku pecut ke Hospital Serdang coz itu yang terdekat sekali.


Sampai depan pintu unit kecemasan tuh, dia pun hospital attendant tu memang langsung tak tolong Mr Big. Diorang cuma bagi kerusi roda dan suruh Mr Big duduk. So aku dengan sedaya upaya cubalah nak turunkan dari kereta ke kerusi roda. Diorang tengok je. Dalam hati aku fikir positif je, maybe diorang nak tengok keupayaan Mr Big kot sebelum diorang klasifikasi kan. Once dia dah turun, terus aku pi parking kereta.


Bila aku tiba kat unit kecemasan tu, Mr Big dah kena tolak kat tempat rawatan. Nurse tu sedaya upaya check semua tempat yang di rasakan luka. Seluar kena gunting coz bahagian lutut tu dah teruk lukanya. Checkla apa yang patut. Sapu ubat kuning untuk stopkan luka.


Kemudian once dah amik nombor, ktorang kene pi ke unit X-ray. Hah ko, bertawaf saie satu hospital tu coz rasanya cam jauh gila nak ke sana. Lalu pintu tu, masuk pintu ni, keluar pintu sana then barulah sampai. Nasib baik tak ramai orang maybe time maghrib kot.

Masuk je bilik X-ray tu, semua kena tanggal kecuali baju coz part yang nak di X-ray bahagian bawah. Wah, X-ray sekarang dah canggih. Diorang Cuma pakai plate-plate cam dulang untuk di scan. Letak plate tu di bahagian tempat yang nak kena X-ray then machine scan pun jalan. Kemudian diorang masukkan dalam big scanner untuk process. Dapatlah aku tengok, patah ke tidak tulang kaki Mr Big tuh.

Abis X-ray, patah balik kat tempat pesakit tidak kritikal ni. Ini yang mencabar ni coz proses menunggu yang sangat lama. Aku buka puasa dengan Mr Big kat lobby ni sambil nak tunggu kena panggil. Puaslah ktorang borak-borak dengan pesakit lain. Even yang hidung berdarah teruk macam kena tumbuk pun kena tunggu gak tau.

Dalam kul 9pm cam tu baru kena panggil. Bila masuk bilik doktor tuh. Doktor yang buat inspection tuh muda benau. Macam doktor pelatih pun ada. Check pun macam nak tak je plak aku perasan. Tengok ala kadar dan cakap tak de apa-apa pun. Terus je bagi kertas untuk amik ubat.

Ktorg keluar terus amik ubat dan balik.


Sampai rumah tup-tup darah tu non stop keluar balik. Maybe nurse yang buat kerja tu cincai je kot. Hah puas aku bersihkan balik sapu minyak gamat. Malam tu beralas tuala kaki coz takut darah tu mengalir lagi.

Esoknya ktorg ke panel klinik bank Mr Big, buat check up lagi sekali sambil suruh nurse buat dressing.

So kesimpulannya yang dapat aku rumus kan.

1. Kalau betul-betul accident teruk sampai patah riuk badan, bagus datang ke hospital kerajaan ni coz diorang akan layan dengan cepat. Demam-demam tak yah lah datang ni.

2. Memang murah RM1 je but masa kita banyak terbuang dek kerana menunggu

3. Para pekerja akan layan kita ala kadar je coz diorang ada banyak menda lain lagi nak buat

4. Kunci utama adalah KESABARAN kerana para pekerja ni akan senantiasa cakap sabar ye cik, sabar ye kak, ramai lagi orang sakit teruk kat dalam tuh.

5.Bagi yang teman pesakit tuh, sila bawa makanan + alat hiburan coz memang lama betul menunggu. Kalau update blog pun boleh dapat 2 entry dah tau.

So terpulang pada koranglah untuk buat pilihan kemana nak pi kalau jadi apa-apa kan. Aku dah nampak dah pilihan aku.Bagi aku kalau setakat deman-deman biasa baiklah pi klinik, walaupu bayar mahal sket tapi cepat dan treatment kita di jaga.

Anyway, mintak korang doakan Mr Big sembuh cepat ye. Dah lah nak raya ni

Amin..

16 comments :

Liz said...

kalau setakat demam, diorang takkan bagi kita masuk pun. melainkan kalau ia melibatkan kanak-kanak dan bayi. yang tu diorang risau sikit.

hospital kerajaan ni mmg kena byk bersabar. ramai org, doktor sikit. mereka ada 3 bilik :merah, kuning, hijau. kalau duduk kat bilik hijau, mmg rasa macam bilik lain tu takde org je.. nape la doktor lambat sangat. tapi saya pernah masuk sana, terkejut juga. rupanya ramai yang lebih sakit dan tenat kat 2 bahagian nie.

kalau rasa teruk, saya redah je ke sana. sebab kdg2 hospital swasta taknak terima kes yang teruk. kenapa entah.

semoga Mr. B cepat sembuh. amin.

mama tisya said...

ngeri tgk luka tu..smoga cpt baik

beta kupu said...

mcm teruk je luka kat lutut tu, ngilu sy tgk...insya' smoga mr big cpt sembuh ye sis

beta kupu said...

mcm teruk je luka kat lutut tu, ngilu sy tgk...insya' smoga mr big cpt sembuh ye sis

boni kacak said...

hehehe. saya selalu ke hospital kerajaan ni. daripada dulu. memang kalau kerajaan ni, kena banyak bersabar selalu.. :)

Syima Emi said...

sabar ye kak lily atas ujian ni.. saya doakan smoga mr big cepat sembuh.. hospital gomen mmg mcm tu.. mcm kak lily ckp la sabar adalah kunci paling penting sebab lama gila kena tunggu.. my husband penah kena tunggu from petang sampai pagi esoknya baru leh masuk wad.. serik dhhhh..

hazman aka species1980 said...

Memang perlu kesabaran tinggi.... apapun semoga MR BIG cepat sembuh yea...

Matjoe said...

hope mr big is doing fine. take care clp

transformed housewife said...

kebanyakan hospital kerajaan mmg mcm tu. Knur pernah kena tunggu satu hari suntuk bila anak bongsu (baby baru umur 1 thn) nak kena masuk wad bila kena pneumonia.

shazillahsani.com said...

semoga husbands cepat sembuh...ngeri tgk darah...

penaberkala said...

ya Allah, teruk nye kak
semoga bro cepat sembuh
kim salam kat Mr Big


saya pernah gi hospital kerajaan time demam denggi arituh
memang lama menunggu
sebab bukan pekerja kerajaan, sekali pergi cek darah kena bayar RM50
bila pergi sekali lg utk hadir appointment yg dr buat, ingat dah free
rupanya kena bayar skali lagi daftar RM50
adeh
sabor je lah, seb bek sebab sakitt
tapi terfikir gak, diorang ni buat bisness jugak eh dgn pekerja swasta? wakakaka

moral of the story, nak cari bini keje kerajaan lah,haha

Azueriena said...

ya allah...siannya..mr big tu...xcident pulak yerk...harap2 cepat sembuh yerr...

hospital kerajaan memang mcm tu...diorg akan klasifikasikan pesakit tu tengok tahap keseriusan kita...

azue pun pernah ada pengalaman mcm nie...dulu tgg nak warded lebih dari 5 jam tu...padahal mmg dah ada surat dr klinik....

org skrg...biarlah bayar lebih skett dari buang masa kat spital kerajaan tu...x berbaloi kann...ntahh ler...susah nk ckp...

INNANIE ARIFFIN said...

Allahuakbar, berderau kita tgk gambar last tu kak.

kita doakan suami akak segera sembuh.. hati2... walau apapun ini semua dugaan ramadhan!!!
:)

Suria Amanda said...

aduhaiii...tgok luka tu..tgok kaki yang lebam tu..terasa sakitnya...harap2 mr big dah ok..

Fiona @ Street Love said...

Kesian Mr. Big. Thank goodness he is okay now.

Take care ok?

BADRULASIYAH said...

salam.. harap harap dah sembuh... lama dah entri ni kan,, ustazah baru baca...tabah dan sabar kunci kejayaan...jemput ke blog ustazah ya,,