Tuesday, July 9, 2013

Peraduan Sambutan Tergempak TESCO

Hi Korang,

Bila musim nak raya ni, memacam promosi tumbuh bak cendawan kat shopping complex ni kan. Jualan murah, Beli 1 Percuma 1, contest kira barang dalam troli dan memacam lagi kan.

TESCO pun tak ketinggalan jugak tau.


Peraduan Sambutan Tergempak ini merupakan sebahagian daripada kempen terbaru mereka untuk memperkenalkan air minuman carbonated jenama ‘TESCO’ yang di datangkan dalam 8 perisa terbaru.


‘The launch of the Sambutan Tergempak campaign and our new improved carbonated soft drinks range is truly about Tesco giving our customers the best in quality with dose of cheer and excitement to live out their moments of joy’ kata Ms Vivian Yap, Marketing Director of Tesco Malaysia.



So sambil shopping beli kat Tesco tu bolehlah join contest ni ek



Caranya, amat mudah. Meh baca ni:-

1. Beli je 3 botol 1.5L air minuman bercabonated jenama TESCO ni, tak silap aku tak sampai RM10 pun dalam 1 resit

2. Isi borang yang korang boleh ambil kat memana TESCO outlet.

3. Dah abis isi, kepilkan borang dan resit sekali

4. Terus je pi hantar kat Customer Service Counter kat TESCO nie k.

Itu je.

Peraduan ini sedang berlangsung selama 3 bulan di bahagikan kepada 3 peringkat. 6 pemenang akan dipilih bagi setiap peringkat, jadi pemenang boleh kongsikan hadiah mereka ini dengan yang tersayang.


Meh kita tengok apakah hadiahnya

Month 1 (20th June – 14th July)
a. 3 winners x Tandem Paragliding Experience for 6 pax
b. 3 winners x 3D2N pakage to Legoland for 4 pax

Month 2 (15th July – 4th August)
a. 3 winners x One day Pilot Flying Cessna 172 Aircaraft x 3 pax
b. 3 winners x 3D2N pakage to Tioman Island for 2 pax

Month 3 (5th August – 1st September)
a. 3 winners x 1 Day White Water Rafting (Selangor River-Kuala Kubu Bahru) for 8 pax
b. 3 winners x 3D2N pakage to Redang Island for 2 pax

bergambar dengan Mr Jason Godley Commercial Director TESCO Malaysia

Ya ampun, untung siapa yang jadi pemenang ni coz boleh ajak kengkawan sekali merasa hadiah yang korang menang tuh.

model minuman TESCO bergambar, Kelly, aku dan Ruby

Bagi korang yang kaki compers elok rasanya join contest ni coz harga minumannya lebih murah dari brang-brand lain yang ada kat luar sana. Kira modal tak delah besar mana kan, lagipun airnya sedap kurang gas dan tak terlalu manis, sesedap rasanya katanya.

inilah produk terbaru kami yeaH

Nak tau more details pasal peraduan TESCO Sambutan Tergempak ni, boleh layariwww.tesco.com.my tau pun di www.facebook.com/TescoMY

Bolehla beli buat penghilang dahaga masa buka puasa nanti ek. Aku sendiri pun duk beli gak 3 botol untuk buat stock kat umah, malas nak bancuh cordial kan ini lagi senang.

nak tergelak tengok gambo model TESCO ni la..ahahaa




3 comments :

hazman aka species1980 said...

ayat kempen SAMBUTAN TERGEMPAK tu macam sedap jugak bunyinya.....ahahahha

eyriqazz said...

kelly ni dah boleh jadi jelmaan ciklily versi chinese..di mana2 ada dia.....

Hairul Azni said...

Kuantan takde Tesco.:-(