Monday, July 22, 2013

Yang Tersirat Di Sebalik Setiap Hari Raya

Hi Korang,

Hari raya memang di nantikan oleh semua umat muslimin seluruh dunia. Mana taknya, setelah sebulan berpuasa so kita raikan dengan gembira.

Betul tak?

ni raya tahun lepas kat KL

Bagi aku Raya sama je macam setiap tahun. Tak de apa pun yang special. Dah 3 tahun straight aku beraya di rumah sebelah Mr Big. Tak kemana pun, setakat berjalan di rumah sanak saudara di area KL ni je. 

Aku teringin nak beraya dengan keluargaku sendiri tapi apakan daya, takkan aku nak melangkau kata-kata Mr Big ni. So harapannya agar bersabar dan dibukakan pintu hatinya agar ktorang dapat balik beraya di kampung aku nanti.

tukang masak BBQ yang pro masa raya

hah, beraya beramai-ramai sekeluarga

Mak aku selalu bercerita yang dia amat rindukan sangat masa aku dan dia memasak bersama-sama di dapur bila menjelang petang raya. Maklumlah masa time anak dara dulu, ini memang jadi kewajipanku setiap tahun. Selalunya dari awal pagi ktorang dah mula memasak sampai ke petang. So time nilah mak akan berkongsi cerita tentang apa saja mengenai ayah yang suka mengacau time ktorg masak, adik aku yang sibuk ulang alik masuk kedapur nak tengok apa yang ktorang cam memacam lagi berkaitan keluarga.

Dan yang lagi sedih lagi, pabila pagi raya masa sessi maaf-bermaafan aku hanya boleh lakukan thru phone saja. Memang kami sekeluarga bermaafan sebegitu, terpaksa bercakap bergilir-gilir antara ayah, mak dan adikku. Walaupun hanya melalui telefon tapi sebaknya payah nak di rasa sebab kita tak berdepan secara bersemuka.

ermm ktorang sekeluarga, masa ni first year kawin

Ermm kalaulah ada sesuatu yang boleh membuatkan kedua ibu-bapa ku gembira pada tahun ini..

Rasanya dengan adanya smartphone yang terkini dari Samsung boleh membantu aku agaknya supaya aku boleh bervideo call dengan ahli keluargaku di hari raya ini nanti. Kiranya tertunailah hati dihati mak untuk ktorang masak bersama-sama di petang raya sambil bertukar-tukar resipi raya dan di pagi raya pulak dapat ktorang sekeluarga bermaaf-maafan secara LIVE. So tiada lagi perasaan terbuku di hati kerana segalanya dapat diluahkan secara terbuka. Yelah semuanya boleh dengan Samsung smartphone kan.

Sayu plak rasanya

Mesti perasaan mak seperti mereka-mereka di dalam Potraits Of Raya ni


Tapi yang pasti aku amat tersentuh bila menonton iklan ni. 



Terus rasa sebak di dada tu datang secara tiba-tiba.

Memang wajah ceria nampak di muka tapi di dalam hati siapa yang tau.

Inilah dia "Raya Moments of Closeness with Samsung"


10 comments :

Azham Vsvc said...

Insyaallah saya doakan tahun ni akak dapat balik beraya di kampung sendiri hehehe :)

Myvitrd said...

wah sedih juga tahun tak beraya di kg. ku.. ni kalau mr. big baca mesti tahun ni raya kg cik lily.. hehehe

Mas Zull said...

assalamualaikum CLP...so sweet...:)

illy ariffin said...

sabar k kak lily? semoga tahun ni dapat raya be;ah kak lily pulak :)

n all the best for the samsung contest tooo!

KiD said...

Huhu.. nak beraya dengan samsung. My life companion.

Izzat Eshak said...

Dah cerita hari raya dah ni =)

boni kacak said...

beraya bersama samsung memang cool :)

hazman aka species1980 said...

good to u beb... dan semoga MR BIG cepat sembuh yea

Amanda Suria said...

SA plak rasa sebak...SA doakan moga mr big terbuka hati beraya kat sebelah cik lily pulak thn ni...

penaberkala said...

semoga raya taun ni lebih meriah ye kak
Mr Big,moga cepat-cepat sembuh :)