Monday, July 1, 2013

Buffet Ramadhan 2013 @Grand BlueWave Hotel Shah Alam

Hi Korang,

Yeah, ada 10 hari lagi untuk sambut bulan Ramadhan kan.


Yesza, ada harapan nak kecikkan pinggang sket. In your dreams jelah Cik Lily oit. Sudah don’t merapu banyak, meh sambung citer pasal senarai buffet ramadhan 2013 di Kuala Lumpur ni.


Kini ni meh aku bawak korang ke Restoran Royale Songket dan Dewan Rebana di Grand BlueWave Hotel Shah Alam.






Dengan berkonsepkan ‘Sajian Halal Sehenti – Destinasi Berbuka Puasa', pihak hotel ni menghidangkan pelbagai jenis hidangan yang membuka selera disediakan oleh barisan chef berpengalaman termasuklah Tabooleh, Hummus bu Taheeni, Sashimi, Lemon Couscous with Chicken and bell pepper, Special ‘Gear Box’ soup, Mison soup, Chicken ala King, Steamed snapper filler, Sanma Shioyaki, Ketam goreng berlada rampai sari dan sebagainya.







Antara sajian berbuka yang ‘mesti dicuba’ ialah Daging Rendang Penanggah, Agehan Sukiyaki, Nasi Kuning Diraja, Deep Fried Whole Red Snapper dan juga menu popular kesukaan ramai iaitu Stuffed Whole Lamb Kebbeh with Kabees El Qarnabeet and Moroccan Oozy Rice.










Promosi ramadhan buffet Grand Blue Wave Hotel ni bermula dari 10hb Julai  - 7hb Ogos 2013 dengan pilihan Pakej Al-Kareem dan Pakej Al-Mubarak. Setiap pakej yang ditawarkan berbeza harga dan lokasi serta kadar istimewa untuk Ahlan Ya Ramadhan (tempahan awal 1-10 Ramadhan dan 50 pax ke atas) dan Hujung Minggu / Cuti Umum (1 dewasa berserta 1 kanak-kanak)






Harga buffet ramadhan bagi Pakej Al-Kareem iaitu di Restoran ROYALE SONGKET ialah

RM108++ bagi dewasa

RM60++ bagi warga emas (60 tahun ke atas) dan kanak-kanak (4-11 tahun)

Harga buffet ramadhan bagi Pakej Al-Mubarak iaitu di DEWAN REBANA pula ialah

RM89++ bagi dewasa

RM50++ bagi warga emas (60 tahun ke atas) dan kanak-kanak (4-11 tahun)

Ada lagi ni,

Baucer promosi istimewa tempahan awal (early bird) turut dijual pada padar RM110++ dewasa dengan menawarkan PERCUMA  1 Hi-tea baucer.

Selain penyediaan menu-menu sedap, para tetamu bakal diperdengarkan bacaan ayat-ayat suci Al-Quran secara langsung dan juga solat Maghrib berjemaah bersama Iman di Musolla yang di khaskan.


Jom kita ke

Restoran Royal Songket & Dewan Rebana
Grand BlueWave Hotel,
Persiaran Perbandaran, Seksyen 14,
40000 Shah Alam, Selangor.
Tel : 03-5511 8811

So orang-orang Shah Alam, tak yah susah-susah nak buka puasa jejauh ke KL nun sana kan, kat Shah Alam sendiri pun ada hotel yang sediakan buffet ramadhan ni ye.


Anyway terima kasih Grand BlueWave Hotel for this special invite, memintak ada lagi nanti ek

Ada lagi a few buffet ramadhan yang aku nak pi, nanti aku sambung citer lagi ek.

6 comments :

Hanif Idrus said...

Belum puasa dah merasa masakan ramadhan ini..hehhehehe

Mas Zull said...

assalamualaikum CLP...sedapnya tengok kalau bln puasa tengok gambar mcm ni mmg terliur la...:)

Mahamahu said...

Tak ajak pun review waaaaaaaaaaaa..... sedapnya..

hazman aka species1980 said...

Udang tempura tue dapat ratah sedap tue beb....

JMR said...

ketam goreng berlado tu pakai ketam apa tu? nampak cam besar giler je tu..hehehe

Amanda Suria said...

Ya allah..x tahan tgok kambing tu..bestnyaaaaaa....