Tuesday, July 30, 2013

Separuh Jiwaku Pergi

Hi Korang,

Perasan tak aku dah lama tak citer pasal tips menjaga kereta?

Ermm itulah, aku pun windu gak


Mehlah aku citer sket. Waja kesayangan aku tu dah lama tak de dah. Bukan sebab aku gatal-gatal nak tukar baru tapi sebab terpaksa.

Kata orang its time..

Wei banyak berjasa tu si kelabu aku tuh. Yelah ko sejak dari belum kawin sampai la ni. Masa beli dulu pun, aku baru je kenal-kenal Mr Big kan. Kira kereta tu sama umur dengan perkenalan ktorang.

Jasanya ermm tak terkira, melimpah ruah. Dengan si kelabu nilah aku keliling satu semenanjung. Pergi Sg Petani, Terengganu, Perak. Kalau setakat Melaka dan JB rasanya tiap-tiap pegi, bawak mak aku pi tengok cucu dia. Pernah sekali tu, tiap-tiap minggu pi Penang sebab outstation selama sebulan. Giler kan, cam ne aku penat cam tu lah kereta tu lagi penat.

Cuma dalam 2 tahun terakhir ni dia start meragam. Memula yang kecik-kecik je lepas makin beso. Yang paling besar sekali aku kena tukar gearbox. Memula tukar recon tapi dek sebab aku tak berapa cerdik kena tipu dengan workshop tuh. Tapi tak per aku dah buat report pun kat Tribunal Pengguna. 2nd time kena refurbish balik gearbox tu, tukar lagi sekali apa yang patut.

Ermm its about time…

Ayah aku dah muka bising, dia suruh je tukar sebab makin lama makin banyak ragamnya. Ishk ko dalam hati siapa yang tau kan. Aku memang sayang dengan si Waja ni. Yelah banyak memori sangat.

Pendek citer,

Mr Big malas nak kecoh-kecoh. Dia tukarkan si Waja ni dengan kereta lain plak, which is aku tak berapa nak plan pun. So semuanya dia settlekan sendiri, cari buyer, survey kereta. Dia cuma tanya aku nak warna apa je.


Dan akhirnya tukar gaklah.

Masa nak tinggalkan si Waja tu kat owner baru, bukan main sedih dibuatnya. Yelah ko, dah bertahun-tahun berjasa tup-tup aku tinggalkan dia cam tu je lah. Mana tak sedih. Kalau dia manusia mesti dia cakap aku kejam huhuhuhu

Apa-apa jasamu tetap ku kenang sampai bila-bila..

Anyway aku mula tulis balik tips menjaga kereta tak lama lagi ek, so tunggu…

Still mood sedih masa tulis entry ni uuuuuhuhuhu :-(



7 comments :

JaSSNaNi said...

waja saya masih berbakti.. tu pun menangis2 tak nak tukar kete lain walaupun asben nak beli yg lebih baik.. huhuh.. mana taknye.. pandai2 bawa kete terus saya beli waja.. tu la kete pertama.. sib baik tak jadi tukar waja tu.. tapi tukar kete asben.. wahahaha..

Amanda Suria said...

Sama ngan Wira special edition SA tu..dh abih byr terus mcm2 yg sakit...sib baik dh beli keta lain...

hazman aka species1980 said...

Hurmm... aku pun akan merindui nak tumpang naik waja perkasa nie

Farah Waheda Wahid said...

oh kak lily, si kelabu tu dah tak der ek...nak naik kete baru boleh?

transformed housewife said...

kalau first car mmg syg sgt2.

Bella Enveeus said...

Saya faham perasaan cik lily.. Actually saya pun terpikir gak nak tukar kereta sebab since accident tu, mmg banyak gak masalah nya. Kalau bawak dekat2 ok lah tapi takut gak nak bawak kat kl dalam jam semua. Cuma rasa sayang sangat sebab it was a birthday present dari ayahanda saya.. Mmg tak sampai hati nak jual.. :(

Syahmi Zidane said...

Si Waja WMS **** ni dah kena jual ke? Aku igt lagi time baru beli, ko bawak aku, ajis, fasha g makan.. ajis asik kata kete ni langgar bumper pon x rase! hahaha lawak