Thursday, July 25, 2013

MIVVA Beauty Box, JULY Edition : My Pamper Kit

Hi Korang,

Agak terlambat rasanya aku citer pasal MIVVA beauty box bagi bulan Julai ni.


Biasalah gambar dah lama amik tapi write up agak lembap sket, maklumlah bulan puasa. Masa berlalu cepat betul, now dah hujung bulan kan.



Untuk edisi Julai in bertemakan My Pamper Kit. Maknanya inilah di antara bahan-bahan yang akan menenangkan aku di kala stress ni.

Jom tengok apa yang ada dalam MIVVA beauty box untuk bulan ni


1. Beautymate Purifying & Hydrating Nano Toner, Full Size RM49.90 for 120ml

Yesza, tonernya lembut dan sejuk je bila kena kat kulit muka. Sesuai dengan kulit muka aku yang oily ni dan boleh cerahkan kulit uolls. Tambahan plak saiz besar tuh.


2. UNICO Eye Lip Enriched Cream, Full Size RM98.80 for 15ml

Sesuai untuk aku yang ada eye bag di bawah mata ni. Bolehlah kurangkan sket kesan-kesan penuaan ni. Rasa lembut je bila sapu kat mata. Bila letak kat bibir plak, bibir rasa lembap langsung tak de rasa kekeringan.


3. Somang Danahan Bonyeon Intensive Moisturizing Skin Toner & Emulsion, Sample 5ml each (Skin Toner RM139.90 for 160ml and Emulsion RM139.90 for 160ml)
Orang kulit kering harus cuba rangkaian product ni, bukan hanya melembap malah anti penuaan gak. Sebab ianya di hasilkan daripada oriental herbal, haruslah wangi dan selesa di gunakan.


4. Elianto Ardour Shadow, Full Size RM8 for 2g

Aku dapat warna #07 Lavender Purple. Cantik kalernya dan lagi plak dia punya packaging embossed bunga tu lawalah. Cam rasa sayang plak nak pakai tapi pakai gak lah.


5. Re-Gen Oil, 3pcs Sachets (RM29.90 for 75ml or RM45.90 for 125ml)

Minyak ni untuk hilangkan kesan regangan (stretch marks) dan kedutan. Ianya juga dapat kurangkan parut dan sesuai untuk kulit kering di badan cam aku ni. Baunya menyegarkan sampai rasa nak pengsan hahaha tipu lah. Kaya dengan Vitamin A dan E untuk melawan kesan-kesan penuaan ni.


6. Foot Pumice Stone

Yeah, boleh gosok kat kaki time mandi. Kulit kaki kita ni kan kasar so kenalah dibelai di setiap masa. Kalau tak de masa, letakkan ia dalam bilik mandi, confirm-confirm bila nampak je terus nak tenyek.

Kali ni punya barang best-bestlah, ada dapat saiz besar, boleh gosok kaki, memang betul-betul memanjakan diri. Wah gituh, ayat…



Apa yang aku suka dengan MIVVA Beauty Box ni

1. Untung sesangat. Aku rasa total semua sekali dalam RM200++ cam tu, but kalau subscribe baru RM38 per box. Jimat kan

2. Banyak skincare yang aku jarang dengar namanya, so dapat merasa mencuba kan.

3. Dapat kotak cantik dan FREE, ini design terbaru tau. Polka dot hitam putih. Boleh buat simpan barang-barang comel macam brooch, mask, dan memacam lah

Nak subscribe? Meh ikut instruction kat bawah ni

Subscribe for a month at RM38 each, 
or RM114 for 3 months with 190 points,
or RM228 for 6 months with 570 points.
More information available at www.MIVVA.com

 Facebook: fb.com/MIVVAcom

Memang serious murah lah bagi aku. Barang pun banyak dapat. Saiz kecik-kecik ni senang nak bawak travel. Betul kan.



3 comments :

JaSSNaNi said...

banyak gak barang ye.. comel je nampak kotak tu.. :)

SecretOfShaila said...

wahhh...cantik bekasnya..tapi macamana hasilnya..okay x?

Alyaliza Zainal said...

eyeshadow dia lagi cantik lah...