Friday, July 12, 2013

Dugaan Hari Pertama Puasa

Hi Korang,

Citer ni berlaku kat opis aku on first day puasa.

Biasalah first day puasa, office time pagi tu agak senyap dari biasa. Maybe faktor malas bercakap kot, so hanya boleh dengar bunyi ketukan keyboard je. Bos-bos pun sama, tak bercakap gak macamlah diorg ni puasa kan. Propar sangat tau.

Sunyi dan sepi je

Tup-tup HR Manager aku sampai dari Penang. So aku ingat, dia datang nak uruskan handover job office manager aku dan brief aku some info for my new task. Aku pun tak kisahlah sambung buat kerja cam biasa.

Tengah duk kalut uruskan bos aku punya barang, aku perasan HR Manager tu pi panggil one of the staff, alah ada abang tu dia Senior Engineer kat sini masuk pi meeting room.Oit mesti ada menda baik ni, ermm untunglah abang tu.

Kemudian aku dengar bunyi suara kuat datang dari bilik meeting tuh, macam suara orang bertekak. Makin lama makin kuat, aku pandang budak QS depan aku ni, then dia angkat bahu cam terperanjat gak.

Then abang tu keluar dari bilik tu dalam keadaan marah, siap salam dengan bos-bos aku sambil cakap terima kasih sebab berhentikan dia. Hah, biar betul. Takkan sampai cam tu sekali. Sambil dia kemas barang-barang dia, sambil tu dia membebel yang pasal apa yang jadi tadi.

Lepas dia sign a few letters, terus je dia blah

Aku dengan budak QS tu, tergamam sekejap dibuatnya.

Sampai sekarang ni, aku still tertanya-tanya apa sebab management buat cam tu kat abang tuh. Memang ktorg tengah downsizing the company but untuk staff kat site je maklumlah project banyak dah abis, tapi itu semua contract staff tapi abang ni permanent staff.

Ermm makin pelik dibuatnya.

Apalah nasib abang tu sekarang ni ek, dah lah time puasa nak raya plak lagi kan. Dengan wifenya pregnant, anak 6 orang. Cam ne dia nak settlekan semua ni.


Aku cuma boleh doakan supaya abang tu dapat mengharungi semua ini dengan tabah dan semoga semuanya akan berakhir dengan kegembiraan. Dugaan seperti ini mengajar seseorang untuk jadi lebih lasak dalam menggalas setiap bebanan kehidupan dan bagi aku pasti ada ganjaran menanti bagi yang diuji. Kita mana tau, ini semua kerja Allah.

Bertabahlah

18 comments :

...Nadz Fisol... said...

kesian kat abang tu

beta kupu said...

beratnya dugaan di bulan puasa ni...moga ada hikmah disebaliknya ye sis

AyuArjuna BiGoshh said...

sedeynya...adoihai dugaan betul ni :(

Amanda Suria said...

Allah..kenapa sampai mcm tu sekali..kesiannya...semoga abg tu tabah hadapi dugaan..

eyriqazz said...

serius sedih..inilah perjuangan rat race...

kontraktor bangunan, kejuruteraan awam dan am said...

fuh... dugaan.. insyallah setiap perancangan ALLAH adalah rahsia, kite tak tahu...

Mas Zull said...

assalamualaikum CLP...kesian nyer mesti ada sebabnya tapi kalau ada sebab pun kenalah bagi notis dulukn kesian juga bila dah kena mcm tu...

Liz said...

Speechless!

Kesian pulak. Semoga dia cepat-cepat dapat kerja baru.

atreyustrange said...

Tanda untuk berhati-hati di tempat kerja. Kurangkan kontroversi, tingkatkan prestasi! :P

Izzat Eshak said...

salam ramadhan =)

Fazrol said...

Pergh kesiannya...
Betul2 dugaan nak raya nie...

kak ina kl said...

salam ramadan lily
aduhai tentu banyak cabaran yang perlu di hadapi oleh dia..semuga dia ada tabungan untuk waktu sesak sebegini. akak doakan agar dia dapat kerja yang lebih baik dan pendapatan lebih tinggi..kecian kan

cik norfa said...

Dugaan...Allah sdg mnguji. Smoga abg tu mndpt rezki yg lbh baik.

Sharinginfoz said...

Sedih apabila tahu mengenai kisah ni. Semoga yg terbaik untuk bro ni

Sukma Haron said...

boleh buat aduan kat pejabat buruh, ini kes teraniaya oleh pihak majikan...

hazman aka species1980 said...

Semoga beliau dapat ganjaran sempena bulan mulia nie

penaberkala said...

ya Allah,dah la first day puasa
mesti pengalaman paling pahit utk abang tu
kesian
harap-harap rezeki beliau ada di tempat lain

Azham Vsvc said...

Ya Allah...terkejutnya! Semoga abang tu dapat mencari jalan penyelesaian secepat mungkin...