Monday, July 8, 2013

Buffet Ramadhan 2013 @Shazana Pau Shop & Cafe, KL

Hi Korang,

Selain daripada duk makan kat hotel, sempat gak aku ke Shazana Pau & Cafe ni layan buffet ramadhan diorg ni.


Last year, memang aku ada pergi buka puasa ke sini dengan family Mr Big. Not bad lauk-pauknya banyak dan membuka selera. Tahun ni, dapat plak merasa sebelum bulan ramadhan lagi.

Tak ke lagi awesome kan.

Kali ni pi dengan bebudak blogger yang kaki makan ni, macam Yana Yassin, Yana MIB sekeluarga yang baru balik dari beli lampu kat Puchong, Sharida yang datang nun dari Shah Alam, Anarm dari Bangi, Anis Sempoi yang comel dan Fazrol bersama hero malayanya.

Ramai orang tanya, tak kan makan pau je.

Eh tak kan, menjual pau merupakan main core business diorg ni but makan-makan lain pun ada gak dari menu breakfast hingga ke menu dinner pun ada. So korang tok sah bimbanglah macam-macam ada.

Apa pun, meh je layan sebahagian daripada menu untuk ramadhan 2013 ni ye













Itu baru main course ye. Lebih dari 30 sajian istimewa sebagai hidangan berbuka puasa yang aku rasa dapat kenyangkan perut korang tu.

Ok ni dessert plak.









Sweet, nice dan colourful. Gabungan pencuci mulut timur dan barat. Semuanya buat sendiri kata one of the tuan punya cafe ni.




*menu makanan senantiasa di update secara harian di facebook mereka iaitu www.facebook.com/ShazanaPau




Untuk Ramadhan Buffet di sini, ianya bermula dari 11hb Julai 2013 hingga 7hb Ogos 2013. Hari kedua ye baru start, jangan plak korang datang masa hari pertama tuh.

Harga buffet ramadhan di Shazana Pau & Cafe ni adalah

RM35.00 nett untuk dewasa
RM18.00 nett untuk kanak-kanan (5 – 12 tahun)

Diskaun 35% untuk warga emas

Diskaun 10% yang buat tempahan awal (early bird) sebelum Ramadhan SAHAJA

Berita baik untuk student gak lah, jikalau korang tunjukkan KAD PELAJAR korang, maka harga buffet ramadhan bertukar menjadi RM25.00 nett seorang. Kira murah la tu kann!

Untuk tempahan, korang boleh hubungi 03-2602 1026 atau 012-944 2495.


Jom kita ke

SHAZANA PAU SHOP & CAFE
(001691237-M)

Wisma Yayasan Terengganu
77E-GF, Jalan Raja Alang
50300, Kuala Lumpur

Tel : 03-2602 1026

Selain daripada itu, SURAU juga ada disediakan ye. So senanglah sket nak solat tak yah nak susah-susah berjalan je masjid Kg Baru yang kat atas bukit je ni.

Bagi aku kalau nak bawak family yang ramai keluar buka puasa, memang Shazana Pau ni tempatnya. 

3 comments :

Chitty Boy and Me said...

saya yang tak puasa nie pun tertarik dengan hidangan di atas... yummy!!!!
satya

Suria Amanda said...

Yang ni pun menarik ni..murah pun murah....

penaberkala said...

next time nak gi beli pau dia,haha
lupa pulak arituh
kempunan