Tuesday, June 4, 2013

Shopping di AEON BIG Shah Alam

Hi Korang,

Weekend memang waktu yang sibuk untuk ktorg.

Ye tetiap minggu cam tu, berjalan ke sana kemari. Kalau tak de event, outing dengan family.

So minggu ni ktorg berkampung di Shah Alam, umah my B.I.L si gemuk. Dia nak buat BBQ kat tepi pool umah dia ni. Jeles wokeh coz swimming pool bawah umah je tak macam rumah ktorg kene pi kat Club House.

buat sepah kat pool nanti

So pagi Sabtu tu lepas pulangkan S4 (mood seedy wokeh) kat amoi Samsung yang cantik tu kat Centrepoint, ktorg terus pecut ke Seksyen 23 Shah Alam ni. Dengan tak tahu jalan so ktorg redah je, ye aku memang tak de GPS coz tak berape mampu nak beli kan.  Akhirnya sampai jugak.

adik beradik

Bila nampak je bangunan, sampai cakap dengan MR Big ‘cantik AEON BIG ni’. Agaknya buildingnya baru je bukak kot, bersih dan kemas je. Masuk-masuknya ada banyak kedai jual baju, seluar, tudung dan murah-murah. Yeah, aku sempat sambar seluar RM10 je, alah buat basahan duk rumah lah.

\
beli arang

troli pertama

Terang sungguh dalam shopping area ARON BIG ni. Dari jauh dah boleh nampak barang dan ahli keluarga aku yang lelain sibuk duk pilih barang.

pilih ayam plak

cantik dagingnya kan

suka tengok brokoli ni

Aku suka area wet market ni, ayamnya nampak segar. Agaknya ktorg pi shopping pagi kot itu yang cantik-cantik je ayam ni semua. Amik itu amik ini, patah balik kat area bahan kering. Biasalah yang pi shopping tu semua stok-stok mudah lupa, pakai tepon cecanggih tapi malas nak buat shopping list. Hahahhhahaha

makan beramai-ramai

Dah penat memilih barang sampai 2 troli, ktorg duk minum kat kedai mamak dalam tempat ni gak. Nasib baik ada kedai, kalau tak mana nak pi minum plak kan.

Aku sukalah tempat ni, cantik dan terang. Senang nak pilih barang. Kalau dekat dengan umah aku ni dah confirm-confirm aku pi shopping kat sini je kan, ni jauh plak.

Untung orang Shah Alam ek..

4 comments :

Mas Zull said...

assalamualaikum CLP...wah bestnya bershopping...;)

tiga lalat said...

sungguh meriah makan beramai-ramai gitu.He.

Farah Waheda Wahid said...

wah baru bukak ek? belah mana ni kak? boleh ler gi shopping sini pulak lepas ni...

Aku Penghibur said...

wahhh syoknye beli belah :)