Thursday, June 13, 2013

Mari Main Muffin Manic App Kenny Rogers

Hi Korang,


Sebelum aku pi tengok wayang filem KIL kat Times Square harituh, aku ke Kenny Rogers Restaurant. Ada launching MUFFIN MANIC Aps, ye  game aps.


Muffin Manic ni merupakan mobile game aps yang memerlukan pemain memotong seberapa banyak muffin di screen dalam masa yang tertentu.  Sepanjang waktu permainan ini akan ada halangan seperti ikan dan sushi yang tak boleh dipotong sekali. Bila pemain tersalah potong selain daripada muffin secara automatiknya akan game over.

Mudah je, semua orang boleh main pun.


“At Kenny Rogers Roasters, we want everyone to be healthy. On top of serving wholesome and healthy food, KRR would like to engage a healthier mind and encourage an interactive thinking process by introducing such an application,” kata En Zulkifli Jaafar, Pengurus Komunikasi dan Pemasaran Berjaya Roasters (M) Sdn Bhd.

Permainan Muffin Manic ni terbahagi kepada beberapa tahap kepada pemain. Sempena Muffin Manic launching ni, pihak Kenny Rogers menjemput semua peminat untuk bermain permainan ni dan sesiapa yang mendapat markah tertinggi akan di satu kan di final challenge yang membolehkan mereka memenangi hadiah berupa gadget pilihan mereka sendiri.

Best tu kan..


Ktorg pun duk sibuk gak la main game ni sementara nak tunggu event start. Dalam ramai-ramai tuh, KRR dah pilih 3 peserta dengan markah tertinggi untuk bertanding secara LIVE bagi mendapat voucher KRR. Terrer diorg ni main, stay cool je walaupun main depan orang ramai kan.


Dan pemenangnya mendapat cash voucher RM300 dari KRR. Hah ko, makan sampai muntah la ye kan.


Haruslah dapat makan muffin kan. Aku pilih coklat dan mocha. Ada gak makanan lain ye


Selain daripada itu, Kenny Rogers juga memperkenalkan KRR Klix, satu lagi mobile aps untuk para peminat KRR mencari lokasi KRR yang berhampiran dengan mereka, para peminat juga dapat mengetahui promosi terbaru KRR dengan aps ini.

Kedua-dua aps ni boleh di download pada kedua-dua IOS dan Android device secara PERCUMA.

Untuk info lanjut, korang leh check it out kat sini ek

Tel : 03-21199888
Visit : www.krr.com.my


Jom potong muffin yeah!


5 comments :

Sop said...

kalau menang dpt mafin free tak? hehehe

maszull said...

assalamualaikum CLP....best n sedapnya...;)

Eliss said...

kalau download ni mesti my nuha suka la ni.

hazman aka species1980 said...

Kalu main game nie mudah skit main kat smartphone compare kat tab or ipad sebab skrin kecik skit...

Suria Amanda said...

dah lama x makan Kenny Rogers....bila cik mlily nak banjer ni...