Monday, June 10, 2013

Gigi Oh Gigi, Nasib baik Ada SYSTEMA

Hi Korang,


Aku memang suka beli berus gigi yang packaging menambat hati aku. Asalkan ada warna pink handlenya corak cantik itu yang aku sapu dulu. Tak kira apa function pun janji cantik


But bila aku dapat invitation ke SYSTEMA Bloggers Brushing Day last week di TTDI, perception aku mengenai berus gigi ni terus berubah. Aku memang tak sangka berus gigi pun memainkan peranan yang penting dalam penjagaan gigi especially gigi aku yang berlapis dan bertaring ni. Dah macam gigi kucing plak ek.

Lepas registration, duk lepak-lepak dengan budak bloggers lain sambil borak-borak kosong kan. Belum start event lagi ktorg dapat makan. Best tuh, selalunya bila event abis baru dapat makan kan. 


Apa lagi jom bedal tak ingat. Ada macam-macam makanan yang simple sesuai time brunch hari tuh. Ok semua makan, minum, tambah makan lagi.


Kemudian ktorg di berikan 2 batang berus gigi iaitu CURVE dan SLIM untuk memberus gigi. La patutlah suruh makan dulu, rupanya nak ktorg berus gigi kaedahnya. Teringat time sekolah dulu, lepas makan kena berus gigi kat tepi longkang kan hehhehehe eleh korang pun sama gak.


So dalam washroom nilah ktorg beramai-ramai gosok gigi. Memula cuba CURVE dulu. Memang selesa coz ada macam spring gituh. 

pakai Curve dulu


ok yang SLiM plak

Then test plak SLIM, nampak halus je handle macam nak patah but once dah guna lagi selesa daripada yang CURVE tadi, rasa macam tertanggal semua kotoran degil

Lepas keluar washroom tu, berangin je dalam mulut. Sedap je baunya hehehe

Sampai disuruh makan balik pun, aku tak nak makan coz sayang dah berus gigi. Sampai cam tu sekali ek


Barulah start team SYSTEMA bercerita pasal penggunaan berus gigi ni

Betul ke semua berus gigi sama je functionnya?


Haruslah tidak. Setiap berus gigi mempunyai  fungsi yang tersendiri ada yang bulu tebal dan ada yang bulu nipis. Macam SYSTEMA, saiz bulunya 0.02mm dan lembut membolehkan ianya masuk ke celah-celah gigi yang mana berus gigi lain payah nak masuk. Haluskan, aku sendiri pun baru tau ni.


Memang eloklah berus gigi SYSTEMA ni untuk mereka yang mempunyai gigi sensitif. Gigi sensitif tak boleh diberus dengan berus gigi yang ‘hard bristles‘ kerana ini merosakkan enamel dan boleh menyebabkan masalah gusi tau.


Mak oi memacam info yang aku baru tau mengenai berus gigi SYSTEMA ni, serius aku memang tak pernah kisah pun

So di antara yang dapat aku belajar dari event ni ialah

Tips penjagaan gigi dan mulut

1. Kena pilih berus gigi yang bulunya berhujung tirus so senang nak keluarkan kotoran degil yang terselit

2. Kepala berus gigi pun kena pandai pilih, kalau mulut kecil tak kan nak pakai berus gigi yang kepala besar.

3. Pemegang pun kena selesa gak baru best berus gigi.

4. Jangan berus gigi dengan kuat secara agresif, boleh tercabut gigi ooo

5. Berus gigi perlu di ganti setiap 3 bulan tapi kalau korang demam, selsema, sakit tekak sila tukar terus ye takut kuman dan bakteria bersembunyi kat bulu-bulu tu dah korang kena jangkitan lagi teruk kann

Ok ada berita baik untuk korang ni.

SYSTEMA amatlah bermurah hati nak bagi korang berus gigi 0.02mm tu kat korang secara PERCUMA. Ye lah FREE tu dengan hanya jawab soalan mudah (jawapan ada kat entry aku ni tau)


Meh klik kat SYSTEMA facebook page KEEP SMILING ni ye (https://www.facebook.com/KeepSmilingMY)

Bila dah LIKE baru boleh ke sini (https://www.facebook.com/KeepSmilingMY/app_129370140600120) dan jawab soalan pasal berus gigi SYSTEMA  ni..

Hehehhe

Senang jelah.


Penting tu jaga gigi, apsallah aku sambil lewa je bab ni kan. Kalau aku tau dah confirm-confirm aku jaga gigi dari dulu, mana tau boleh jadi model gigi kan heheheheheh


Thanks SYSTEMA for this special briefing, memacam info yang aku dapat ek


7 comments :

Farah Waheda Wahid said...

memang pakai systema pun kat rumah... dan harus tangkai warna pink occay? *_^

hazman aka species1980 said...

Memang best berus gigi nie... rugi betul aku tak dapat join ....huhuhu

fyna said...

alololo..comel je berus gigi tue. akak dah boleh jadi duta dah ^_^

Innanie | Ariffin said...

hehehehe.. stress je muka kita dalam wash room. padahal nak berus gigi je kan!

Eliss Mie said...

nak gak la sample percuma. selalu pakai oral b ajer.

Wan Amira said...

Thanks.. akan jawab soklan jugaklepas ni :D

Anonymous said...

bristle merujuk kpd bulu ape?