Friday, June 7, 2013

LEGGO KARI AYAM Bersantan KARA

Hi Korang,
Dah lama tak main masak-masak ek
So kali ni aku nak share dengan korang cara masak kari. Wei masak kari je pun nak share, ishk diorg yang baca ni lagi pandai dari ko Cik Lily woi.
Itu aku tau, tapi yang ni special sket coz aku nak eksperimen letak LEGGO Tomato Puree. Ada akak kat internet tu cakap, lagi sedap rasanya.
Hero kita LEGGO dan KARA pada hari ini

Ok boleh percaya ke ni? Nak tak nak kenalah cuba dulu
Ini resipinya
Resipi Leggo Kari Ayam Bersantan KARA


Bahan-bahan:


1/2 ekor ayam
3 kentang dibelah 4
daun kari secukupnya
5 sudu besar rempah kari 
2 sudu besar LEGGO tomato puree
1 tomato dibelah 6
Rempah 4 sekawan
1/2 sudu besar halba campur
Santan KARA secukupnya
Serbuk perasa, garam dan gula
Sedikit air asam jawa





Bahan untuk di kisar / di tumbuk

3 sudu besar cili boh

1 bawang merah

4 bawang putih
sedikit halia
1/2 sudu besar jintan kasar 


Cara-caranya :-

1. Tumbuk bahan-bahan untuk buat tumisan tu seperti, bawang merah, bawang putih, halia dan jintan kasar sehingga lumat. Kalau malas korang blender je lah

2. Panaskan minyak dan masukkan bahan yang tumbuk tadi bersama cili boh, kacau sehingga naik bau

3. Masukkan daun kari, rempah 4 sekawan dan halba campur, di kacau lagi sehingga aromanya terkeluar.

4. Masukkan rempah kari yang dibancuh dengan sedikit air dan tumis sehingga terbit minyak.


5. Barulah di masukkan LEGGO tomato puree itu tadi dan di kacau rata. Biarkan seketika

6. Masukkan ayam dan kentang berserta sedikit air asam jawa.

7. Masukkan santan secukupnya
8. Biarkan kuah mendidih seketika sehingga terbit minyak
9. Perisakan kuah dengan garam dan gula secukupnya

10. Kecilkan api dan renehkan hingga terbit miyak
11. Tutup api setelah ianya masak



Apmacam, susah ke senang? 

Bagi aku lagi senang memasak dari menulis resipi ni.Yelah kena tulis step by step dari A-Z. Nak masukkan gambar lagi.

Anyway resipi aku ni, aku main campak-campak je bukan mengikut sukatan sebenarnya so kalau sesiapa yang biasa masak pandailah campak-campak ni kan.

Korang boleh rasa kari ayam ni lebih sedap daripada biasa.

Selamat mencuba!

10 comments :

AyuArjuna BiGoshh said...

sy baru nak naik posting ni hahahahah

Eliss Mie said...

nampak mcm gulai ayam pulak. mungkin kena kurangkan santan sket kot kan. aku pun main campak2 gak. ni ko guna berapa paket santan kara tu?

hazman aka species1980 said...

nampak sedap sangat la beb.... kalau aku nak extra kentang yea...

Amanda Suria said...

Wa...ini dh style SA..main campak2 janji sodap dan jadik kan...

HASRUL HASSAN said...

Fuhh .. kari terbaekkk ni ... tapi Lily ... saya ni jenis tak suka pakai santan kotak ni ... bila terdesak je pakai sbb kat kampung banyak lagi pokok kelapa .. :)

ENtri ni sangat best sbb gambarnya sangat dekat dengan kepala otak. Terbaekkk...

Hanif Idrus said...

Ingatkan msinan lego..ahaks... Aku buta masak lerrr.....kikikiki.
Pehhhhhhh....menyelerakan.

Asyik Izas said...

akhirnya jumpa juga blog lily..ingt x kita jumpa masa systema brushing day aritu..hehe..
perghhh sedap lauk kt atas tu..:)

Giorgio Izas said...

Aduyai... berkencorong trus prut Giorgio ni... Agak2 bleh download x kari barang semangkuk dua... H3 (^_^)

Sop said...

pandai masak rupanya... hahah

Farah Waheda Wahid said...

nampak memang sedap... nak cuba jugaklah kakak... *_^