Thursday, June 27, 2013

Buffet Ramadhan 2013 @ Palace of the Golden Horses Hotel, MINES

Hi Korang,


Yeah, meh kita sambung citer lagi pasal ramadhan buffet food review ni.


So kali ni kita ke Carousel International Coffeehouse  di Hotel Palace of the Golden Horses serta Abdul & Charlie’s Coffeehouse di Hotel Mines Wellness ,MINES. Ini kira second time aku ke sini. Last year pernah ke sini gak untuk buffet ramadhan 2012. Hotel di tepi tasik dan dikelilingi padang golf yang menghijau










Seindah namanya buffetnya ‘Lambaian Desa’, pihak PGH menghidangkan masakan juadah buffet tempatan dan tradisional berserta dengan gerai-gerai ‘live-action’ yang aku rasa memang dapat menambat perut korang yang tengah lapar tu kan.

Apalagi, meh lah tengok apa yang di hidangkan ye























Ada gak persembahan Ghazal Band wokeh, so sambil makan sambil berdendang sayang la korang kan. By the way, penyanyinya sedap bukan main sedap tau















Untuk buffet ‘Lambaian Desa’ feast ni, ianya bermula dari 10hb Julai 2013 hingga 7hb Ogos 2013.

Harga buffet ramadhan di Carousel International Coffeehouse ni adalah

RM98++ untuk dewasa

RM49++ untuk kanak-kanan (5 – 12 tahun) dan warga emas 60 tahun ke atas

Untuk 3 hari pertama dan 3 hari terakhir Ramadhan, pihak PGH menawarkan 30% diskaun tau. SPECIAL RATE for group booking kalau lebih dari 30 orang. FREE DINING untuk seorang bagi 10 guest berbayar dan ada 20% OFF untuk tempahan awal sebelum 8 Julai 2013.

Ok satu lagi, complimentary parking so maknanya parking FREE tau.

Untuk tempahan, korang boleh hubungi 03-8944 3781 atau pun email je ke rsvngroup@pgh.mines.com.my


Jom kita ke

Carousel International Coffeehouse
Palace of the Golden Horses Hotel,
Mines Resort City
Seri Kembangan, 43300, Selangor
Tel      : 60 3 8943 8811
Eh lupa nak bagitau, setiap orang dewasa yang menjamu selera di Carousel International Coffeehouse sepanjang tempoh bulan Ramadhan ni, pihak PGH akan menyumbangkan RM1 kepada Rumah Nur Hikmah iaitu sebuah pusat yang menyediakan makanan, tempat tinggal, pendidikan dan program-program rekreasi untuk anak-anak yatim yang berumur 18 tahun ke bawah.


Kira macam korang sambil makan sambil menderma di bulan ramadhan ni kan.. 

Ermm bagus gak diorg buat cam ni kan, at least ada inisiatif bagi mengingati mereka yang kurang bernasib baik ni



4 comments :

Qashmere said...

Sedapnya makanan dekat sini. Boleh cuba nanti..

dear xila said...

terliuq habaq hang :)

Kisah Si Dairy said...

tengok makanan kat atas nie,rase macam nak terjah je tempat nie..sedapnya segala jenis dessert tu

Anonymous said...

the food is ok...nothing much surprising for 5 star hotel. Service.....mmmmmmmm.......ok