Tuesday, June 4, 2013

Lari Bersama Aaron Aziz Dan ERA.FM

Hi Korang,

Ada berita baik bagi peminat setia Aaron Aziz dan Era.FM ye

Baca ni

"Larian Amal Aaron Aziz Bersama Era.FM Dalam Membantu Yayasan AIDS Malaysia"

Walaupun sibuk dengan jadual promosi filem LARI, pelakon kegemaran ramai, Aaron Aziz, masih sempat untuk melakukan kerja amal membantu Yayasan AIDS Malaysia (Malaysian AIDS Council) dalam mengumpul dana, dengan mengadakan satu larian amal, yang dijadualkan pada hari Rabu, 5hb Jun 2013, bertempat di Stadium Nasional, Kompleks Sukan Bukit Jalil.


Dalam pada itu juga  #LariAmalAaronEra merupakan salah satu usaha promosi filem LARI, lakonan Aaron Aziz yang akan mula ditayangkan pada 6 Jun, di pawagam seluruh Malaysia, Brunei dan Singapura, merupakan sebuah filem aksi, yang mengangkat isu pemerdagangan manusia.

Selaku duta  Selebriti Sokongan Riben Merah Majlis AIDS Malaysia, Aaron Aziz berkata, program #LariAmalAaronERA bertujuan mengisi tabung Circle Of Friends, Yayasan AIDS Malaysia. Bagi mereka yang berminat membantu boleh membuat sumbangan ikhlas se-minimum RM 1.00 kepada tabung Yayasan AIDS Malaysia, seperti yang tertera di bawah. Manakala bagi setiap sumbangan berjumlah RM50.00 akan disertakan dengan resit pengecualian cukai bagi mendapatkan rebet cukai pendapatan.

Tambah Aaron lagi, "Setiap ringgit yang disumbangkan adalah merupakan langkah intervensi secara langsung yang dapat menyelamatkan nyawa serta mengubah nasib wanita, remaja serta kanak-kanak terpinggir yang terpaksa melalui pengalaman hidup yang getir sebagai Orang Yang Hidup Dengan HIV/AIDS. "

LOKASI LARIAN:

Lokasi     : Stadium Nasional, Kompleks Sukan Bukit Jalil
Tarikh     : 5hb Jun (Rabu), 2013
Masa       : 7.30 pagi
Hashtag   : #LariAmalAaronEra
Twitter    : @myAIDSCouncil
Facebook   : Malaysian AIDS Council/Red Ribbon Youth Club

Program #LariAmalAaronEra ini mendapat sokongan Era.FM selaku radio penyiar, dan acara ini akan dipancarkan secara langsung ke seluruh segara.

Diharap, #LariAmalAaronEra ini mendapat sambutan dalam satu usaha murni oleh Aaron Aziz sendiri untuk mendapatkan dana, dalam membantu golongan yang memerlukan.

UNTUK SUMBANGAN:
Nama Akaun      : Yayasan AIDS Malaysia
No Akaun            : 5141-0542-1257 (Maybank)

Korang kalau nak join, pegi je pepagi rabu nanti ek. Sesama kita membantu mereka yang memerlukan di samping berjumpa denGan pujaan hati korang si Aaron Aziz tu kan. Eh JOHARA mestilah ada kan. Dapatlah jumpa Johan yang gila-gila tu kan.

Aku? 
may be pi kot coz dekat je denGan area office aku ni so boleh lah singgah kejap sebelum masuk opis.






5 comments :

Mia Liana said...

wah... selamat berlari... sambil sihatkan badan...

hazman aka species1980 said...

Adira tak de ker ? dia heroin citer nie kan.... Kalau ade confirm aku pegi....hahahaha

beta kupu said...

Uish Cik Lily, bkn senang kita nak dpt lari dgn AA ni kan?! =)

Farah Waheda Wahid said...

kak...kalau pegi jangan lupa amik gambar dengan Aaron tau...he he he...

Ku`Muzz said...

Jauh la pulok, tdak dh pegi, lari dgn org2 glamer..Hehe