Monday, October 24, 2016

Orang BELANJA Makan Di Pla Pla Seafood, Seri Kembangan

Hi Korang,


Aku ni kalau review makanan ermm merata tempat aku pi, sampai ke celah-celah Kota Damansara pun aku tau kat mana tempat makan kan.

Hari tuh, food blogger Mahamahu dah janji nak belanja kitaorang (aku dengan shakiddo) makan sebab dia ada rezeki lebih menang online contest, so open tablelah katanya. Sebab malas nak jalan jejauh kitaorang plan nak makan dekat-dekat dengan area kitaorang ni je macam Balakong, Seri Kembangan or Sungai Besi. Ok decide Seri Kembangan lah, sebab tak jem nak pi masa tuh. 

Tapi bila nak pi makan kat Seri Kembangan? Terus blank tak tau nak makan apa.

Bayangkan #bloggerkakimakan tak tau kat mana nak makan, bengong sungguhlah kan. Sudahnya kitaorang google search je wei. Uishkk malu giler lah, orang yang kaki tak tau tempat makan dekat dengan umah huahauahuaa nangisss oo

Lagi 5 minit nak kuar office tuh, kitaorang google kedai makan di Seri Kembangan ni then terjumpa lah Restoran Pla Pla Seafood. Ok dekat dengan semua orang so lets start the engine. 

aik gaduh ke letak air jejauh kan ahhahahaha

Sesampai je orang tak ramai pun maybe baru pukul 6.30pm cam tuh kan.

Rasa cam cina pulak makan malam awal ek ehehehhe. So tugas orang yang membelanja adalah mengorder makanan, kitaorang tengok je apa yang Madi order. 

Keropok Lekor
Kudap-kudap sambil borak memang sedap kan

Sambil tunggu makanan sampai haruslah sembang-sembang kosong dulu pasal blogger-blogger masa kini, rupanya ramai jugak blogger baru yang aku tak kenal ek. Nampaknya blogger baru ni lagi advance dari kami-kami blogger tak berapa lama ni. 

Tengoklah apa yang Mahamahu order untuk kitaorang ni ek

Ikan Siakap Masam Manis
ikan tertutup dengan sayur-sayur tapi garing dan besar plak ikan ni tau

Tom Yam Campur
isinya banyak tapi aku duk ceduk ayam jelah kan

Kailan Ikan Masin
nampak ikan masin dia tak? berketul-ketul ek

Kerabu Sotong
yang nilah bagus, sotong banyak giler

Ayam Goreng Masak Kunyit

Sup Ekor
kid masak sorang, aku tak berapa minat bahagian ekor-ekor ni

Ada lagi menu telur bistik tapi terlupa nak amik gambo sebab dah lapar sangat time tuh lah. Hah ko nampak cam sket tapi hakikatnya teramatlah banyak sebab dia hidangkan makanan portion by portion. Ada tuh 1 lauk dihidang 2 mangkuk so itu yg nampak banyak.

Nampak? licin semuanye ek hauhauahuaa

Cuba teka, berapa semua sekali ni siap dengan minuman kan?

RM100 untuk 3 orang makan

Macam tak caya kan tapi itulah realitinya, boleh dikatakan murah jugaklah makan kat sini. 

Ni hah alamatnya:

Restaurant Pla Pla Seafood
Lot 17G Jalan Equine 1A,
Persiaran Lim Ah Soo
43300 Seri Kembangan
Selangor Darul Ehsan


GPS Coordinates: 2.998295,101.678798 Seri Kembangan
Operation Hour: 11.30 am - 11.30 pm (Everyday)
Tel: 013-3288787 / 013-2876614 (sila call untuk reservation) 

mereka yang happy bebenau dapat makan sedap

Terima kasih kat blogger Mahamahu kerana sudi belanja kitaorang makan sedap hari tuh ek, moga-moga murah rezeki ko lagi ek Madi oi...

Itulah berkat kerajinan orang join contest, bukan cam aku yang malas ni..

2 comments :

mama tisya said...

lapar plak tgk smua menu tu...sup ekor sedap tau hehe

Bro Framestone said...

macam sedap je.. nak try la nanti