MY HISTORIC MOMENTS

Monday, October 31, 2016

Butik Sincerely By Us Kini Berwajah Baru Dengan Rekaan Esklusif Yang Tersendiri

Hi Korang,


Siapa yang tidak kenal dengan jenama Sincerely By US ni kan? Of course majoriti hijabista dan fashionista kenal dengan jenama ni, even aku yang bukan kaki fashion ni pun tau akan kewujudan jenama ni. 


Bagi tak tahu meh aku citer sket sejarah butik Sincerely by Us ni ek

Jenama Sincerely By Us (SBU) sudah lama berada di pasaran sejak diasaskan oleh Inora Putri pada tahun 2011 tetapi pada tahun 2013, beliau telah mengorak langkah dengan membuka kedai berkonsepkan vendor di Shah Alam. Antara keistimewaan SBU adalah ianya mempunyai sebuah ruangan mini café di mana para pelanggan boleh memesan pelbagai jenis kek dan manisan yang boleh dinikmati sambil membeli belah. 

Dan kini mereka sudah pun mengeluarkan produk jenama mereka sendiri seperti tudung, shawl, baju kurung, blouse, pants dan jubah. 

kenape serious? sebab bawak duit sket untuk shopping huahauhau

Aku dapat jemputan ke majlis pembukaan butik terbaru mereka di Shah Alam sabtu lepas, actually tempat yang sama tapi diorang dah renovate dan cantik sesangat, minimalis je aku rasa.


Sini aku tunjukkan meh.. 










aku berkenan yang ni, cantik kan

As usual kitaorang di beri kesempatan untuk masuk dulu sebelum para pelanggan yang lelain, so di kesempatan ini sempatlah aku mencuci mata tengok koleksi terbaru mereka. 

Tepat jam 11 pagi, butik Sincerely by Us dibuka kepada orang ramai. 



Hah bertapa ramainya peminat SBU ni kan, berpusu-pusu semuanya masuk nak dapatkan koleksi terbaru mereka ek.





Aku rasa lebih daripada 100 orang kot yang datang masa majlis pembukaan ni.

Kitorang sempat jugak menemuramah dengan tuan punya jenama Sincerely by Us ni iaitu Puan Nora


Pada mulanya beliau suka menjual produk orang lain secara online dan lama kelamaan minatnya semakin mendalam ke bidang perniagaan ni, mengharungi susah senang sewaktu memulakan jualan sehinggakan nekad untuk membuka vendor butik secara fizikal dan kini mempunyai jenama produk yang tersendiri. Ini semua atas dorongan dan sokongan yang kuat daripada keluarga terutama suami dan ibunya.

sempat bergambar dengan Puan Nora tau

Dan kini butik Sincerely by Us kini mempunyai outlet di Section 16 Shah Alam, Bangi dan juga Johor Bahru. 

So korang peminat setia Sincerely by Us atau sedang sibuk duk usha nak cari tudung ke shawl ke baju ke boleh ke:


Butik Sincerely By Us
CAWANGAN SHAH ALAM
B-19-G, Jalan Serai Wangi K 16/K, 
Alam Avenue 2, 40200,
Shah Alam, Selangor
Tel: 03 5524 1806

Kalau nak tengok koleksi terbaru tapi tak sempat nak ke butik, korang boleh check it out di website mereka ek.


FOLLOW US!

Instagram : @sincerelybyusofficial


Twitter: @shawlsbysbu






1 comment :

Amanda Suria said...

Baju yg u pgg tu mmg cantik..sure u dh rembat kan?