Friday, October 21, 2016

Makan Tengahari Di Kedai Salai Mastar Sungai Ramal Dalam, Kajang.

Hi Korang,

Hari sabtu pun malas masak ek !!

Bukan malas lah tapi tak sempat sebab ada event paginya, macam minggu lepas aku ada coffee workshop sampai ke tengahari. Sampai umah je dah kul 1 petang, Mr Big baru je terhegeh-hegeh nak pi mandi. Ishkk bangun lambat lah tuh, aku ni dah jauh jalan dia situ jugak.

Kepala pening sebab tak tau nak makan apa, puas fikir sana situ sini then akhirnya teringat kedai nasi kukus ayam dara kat sungai ramal dalam tuh, so terus gerak ke sana.

La sampai sana tutup plak..

Sambung pening balik ek, tup-tup ternampak ramai pulak orang kat medan selera sebelah belakangnya. Mr Big pun cakap kita singgah makan kat sini jelah ek, malas nak mana lagi dah. Aku terus park kereta then masuk kedai.

itik salai

daging salai

Rupanya kedai makan masak lemak cili api yang lauk pauknya salai-salai macam itik salai, ayam salai, daging salai, keli salai. Wow ini sudah bagus ni so mari order, so beratur sebab ramai menunggu ni tau. 

tempe cicah kicap, sambil tunggu order sampai


nasi kukus, ikan masin penambah selera, sambal belacan sket

Daging salai masak cili api

Ayam salai masak cili api

Kitaorang order ayam salai, daging salai masak cili api dan ikan keli salai tanpa kuah.


Alah tak lama pun tunggu sebab semua dah ada, just nak tambah kuah je atas lauk-lauk yang di salai tuh. 

Mr Big kalau amik gambar aku mesti tak semengah, selalu nak nampak aku buruk je ek huahaua.. jeles la tuh kalau aku cantik dalam gambar kan 

Sebab lama tak pekena lauk lemak cili api so memasing bertambah-tambah makan, langsung tak pandang kiri kanan. Padahal ramai je memember Alza duk sekali makan kat situ kan hahahahha ishkk memalukan, menjatuhkan martabat wanita sungguh lah aku ni 

So cuba teka berapa semua sekali ?

Aa RM30?

RM36?

RM29?

Ermm salah.. harga semua sekali adalah RM20!!! 

Murah bangat seh!!


Aku nak explain kat mana tempat ni pun tak tau lah sebab MrBig je yang expert jalan-jalan kampung kat Kajang ni. Kalau nak pi korang cari Pavilion Steak House kat Sg Ramal Dalam tuh then kedai ni dalam barisan yang sama dengan kedai steak tuh, cuba cari medan selera adikku

Ok selamat menjamu selera semuanya…

4 comments :

Hasliynda Umairah said...

harga mampu milik tu....sedap je nampk

mama tisya said...

murahnya...lprrrrr pulak tgk

Azueriena Norash said...

walllaaaa masak lomak cili api...kompom podeh niee kannn....tapi mmg murahh laa dio charge rm20 hengget yo haaaa....

abang bob said...

Otw