Thursday, October 13, 2016

Garoupa Delight dan Snapper Delight di Tung Yuen Chinese Restaurant Hotel Grand BlueWave Shah Alam

Hi Korang,

Chinese food memang jadi favourite aku foreverlah

Sungguh lah wei, sebab apa? Sebab aku mane reti masak style cino nie. So buat apa nak bohong kan

kalau tak reti masak cakap je. Hauhauhauahuahuahaua

Jalan terbaik pi makan je kat chinese muslim restaurant je ek.


Kali ni aku nak bawak korang ke Hotel Grand BlueWave Shah untuk menikmati hidangan masakan cina iaitu dalam promosi ’Garoupa dan Snapper Delight‘ di restoran Tung Yuen Chinese Restaurant.

Yeahhh


Promosi ini mempunyai dua jenis menu set yang Garoupa Delight disertai dengan 6 menu hidangan masyarakat cina dan Snapper Delight juga dengan 6 menu hidangan masyarakat cina. Dengan tawaran ini sekaligus membolehkan tetamu mempunyai pilihan lebih banyak jenis hidangan masakan cina dengan harga yang berpatutan. 





Bagi promosi Garoupa Delight boleh didapati dalam set untuk minimum 5 orang, yang berharga RM57.00 nett seorang dan disertakan 6 menu hidangan masyarakat cina, antaranya seperti Steam Dim Sum, Kong Pau Chicken in Hot Plate, Stewed Egg Beancurd with Seafood, Stir Fried Hong Kong Kai Lan with Prawn, Meat and Garlic, Nasi Goreng or Nasi Stim






Manakala untuk promosi Snapper Delight, ia juga boleh didapati dalam set untuk sekurangnya 5 orang, pada harga RM 57.00 nett seorang dan 6 menu hidangan masyarakat cina, antaranya seperti Steam Dim Sum, Deep Fried Boneless Chicken with Creamy Salted Egg Sauce, Steam Egg Beancurd stuff with Squid Paste and Egg White Sauce, Stir Fried Prawn Meat with Asparagus and Prawn Paste (Belacan), Nasi Goreng atau nasi stim bersama, Buah-buahan campur (1 pinggan).

Hidangan ini boleh dinikmati di Tung Yuen Chinese Restaurant, Aras 1 dan ianya beroperasi 7-hari seminggu, dari jam 12.00 tengah hari hingga 2.30 petang untuk makan tengah hari dan 6.30 petang sehingga 10.30 malam untuk makan malam.

Sedikit maklumat tentang Restaurant Chinese Tung Yuen:-


Sebuah restoran yang menawarkan masakan cina yang terletak di tingkat 1, Hotel Grand BlueWave Shah Alam. Restoran ini telah memperolehi pengesahan rasmi sijil HALAL daripada JAKIM pada 1 November 2009. 

Harga: RM 57.00 nett
Hari: Isnin - Ahad
Masa: 12.00 tengah hari - 2.30 petang (Makan Tengahari)
6:00 petang -10:30malam (Makan Malam)
Tempat: Tung Yuen Chinese Restaurant, Aras 1
Pengurus Hotel: Tuan Haji Mohd Ghazali bin Sayed Ibrahim
Executive Sous Chef: Chef Firdaus bin Ismail
Chef Masakan Chinese: Chef Patrick Ng

Jom kita ke:-

Restoran Royal Songket
Grand BlueWave Hotel,
Persiaran Perbandaran, Seksyen 14,
40000 Shah Alam, Selangor.
Tel : 03-5511 8811 ext 2723, 2724 or 2725

Korang digalakkan untuk membuat tempahan terlebih dahulu melalui Tung Yuen Chinese Restaurant di talian 03-5511 8811 ext. 2616 atau Telemarketing Dept. ext. 2724. 

Semua harga adalah tertakluk kepada 6% GST.

3 comments :

mama tisya said...

lpr blk tgk makanan especially dimsum kn

el said...

bestnya cik lily menu2 dia sedap oii

Hasliynda Lynn said...

sedapnya