Thursday, October 6, 2016

Hi Tea Jom Santai Di Pendeta Coffee House, INTEKMA RESORT

Hi Korang,

Minum petang ermm memana pun boleh kan.

Tapi kalau nak bawak client ke bos ke kenalah tempat yang cantik sket, bukan tak boleh makan kat tepi jalan tapi nak bincang bisness mesti tempat proper sket kan. Alah aku ni pun kalau datang angin tak boleh kena panas petang harus mencari tempat yang berair con tapi murah kann huahauhauaha

Jom aku bawak korang ke Pendeta Coffee House di Intekma Resort untuk menikmati hidangan minum petang yang enak lagi mengasyikkan. 


INTEKMA Resort kini menyediakan set "Jom Santai@Pendeta Coffee House" seperti Mee Rebus, Laksa, Cucur Udang, Murtabak, Char Kuey Teow dan lain-lain lagi yang di datangkan dengan pilihan Air Teh Tarik/Ais atau Nescafe Tarik/Ais. Konsep "Jam Santai@Pendeta Coffee House" di INTEKMA Resort ini menyajikan makanan 'LIVE COOKING' kepada para pengunjung dari jam 4.00 petang sehingga 10.30 malam. Antara kemudahan yang disediakan oleh pihak INTEKMA Resort adalah tempat solat bagi lelaki dan perempuan, parking kenderaan yang luas, dan kemudahan servis buggy bagi memudahkan para pengunjung. Selain daripada itu, INTEKMA Resort kini mempunyai "marquee tent" baru yang boleh memuatkan seramai 1,000- 1,200 orang bagi megadakan majlis-majlis perkahwinan dan lain-lain.

Nampak?

Best kan. Dahlah enak murah pulak tuh siap ada pilihan minuman free lagi ek, siapa yang tak nak. 

Ni aku tunjukkan sket hidangan minum petang yang mampu mencungkil rasa lapar korang ek


Cucur Udang RM6.90 nett 

Roti Telur RM6.90 nett

Mee Goreng Mamak RM9.90 nett 

Laksa Penang RM8.90 nett 

Goreng Pisang RM6.90 nett 

MeeRebus RM8.90 nett 

Murtabak RM9.90 nett 

Char Kuey Teow RM9.90 nett 

* Setiap Hidangan PERCUMA minuman dengan pilihan 

Teh Tarik I Ais 
Atau 
Nescafe Tarik I Ais

Sebarang tempahan, boleh hubungi seperti nombor yang tertera di bawah: 

Alamat :

INTEKMA RESORT & CONVENTION CENTRE
Persiaran Raja Muda,
Seksyen 7,
40000 Shah Alam,
Selangor

Tel:
+603 5522 5009/5001/5222/5066

Email:

Website:

Facebook:

Instagram :

Official hashtag: #jomsantaiPCH

Jomlah apa tunggu lagi ek…

2 comments :

Azueriena Norash said...

salam Cik Lily ... lamanya kiter x drop by...selalu touch n go jerk...mcm best laa lepak sini kann...mmg murah...mee goreng n air nescaffe x smpai rm10.00 mcm bestt jerkkk...

el said...

alamakkkk lapo je bila masuk sini hahaha