Friday, October 7, 2016

Kambing Perap Barbacoa, Makan Sampai Kenyang Yang Ampun..

Hi Korang,

Ramai yang tau aku ni bukanlah kaki makan kambing pun. 

Seriously memang dulu aku tak makan disebabkan ada satu accident yang sesangat menakutkan aku hauhauhaua… itu dulu…

La ni sejak Mr Big duk pujuk aku untuk belajar makan kambing ni, aku pun cubalah sket. Kalau yang berbau hamis teruk aku ludah time tuh jugak. Yelah daripada aku sakit baik aku jangan makan kan. 

Bila makan daging kambing yang tak de bau hamis, ek sedap plak rasa macam makan daging sirloin steak je ek. Siap bertambah plak tuh uiskk memalukan sungguh!! Hahahaha


Atas pujukan seorang kenalan aku pun mencuba Kambing Perap Barbacoa keluaran produk Frozen Bonda ni tau. Ishk tak sabar pulak rasa, Mr Big yang excited lebih sebenarnya

Ermm langsung tak de bau hamis dan dagingnya segar, begitu lembut sekali dalam setiap gigitan.

Aku dapat tau bahawa Frozen Bonda menggunakan “Lamb Shoulder” terbaik yang diimport dari New Zealand yang mempunyai tulang kecil, daging lebih banyak dan tiada bau hamis daging kambing. Kambing Perap Barbacoa diperap menggunakan rempah ratus yang terbaik dan terpilih untuk memberi hidangan yang mampu membangkitkan segala deria rasa anda tanpa jemu. 

Dengan “Lamb Shoulder” yang lembut dan enak, diperap sempurna digabungkan dengan sos lada hitam khas, memberikan pengalaman makanan sedap dan sihat yang akan mengangkat selera makan korang dan memberi anda rasa kambing dalam setiap gigitan.


Paling penting ianya sangat praktikal buat wanita ataupun lelaki yang sibuk. Ini kerana ianya hanya mengambil masa kurang daripada 15 minit untuk disediakan. 

Nampak sungguh cepat ek!

There’s no excuse untuk korang malas nak masaklah,leceh lah kan hahahaha


Terdapat cara dan teknik penyediaan kambing perap Barbocoa ini dibahagian kotak. Sepantas 15 minit, hidangan kambing perap dapat disediakan.

Terdapat ramuan yang dikongsikan iaitu bawang, lada hitam, kunyit, garam dan rempah yang terpilih.

Aku sempat cuba memasak daging Kambing Perap Barbocoa ni dengan cara,

1. Grill kat BBQ Pit




Lepas defrost tuh, memang sekejapan je masaknya, tapi di sebabkan kitaorang tak jaga api dapur BBQ tuh so nampak cam hangus dan garing sket. Sedap gak krap krup aku gigit. Memang langsung tak de bau hamis. 

2. Gril guna Pemanggang Ajaib




Yang ni plak, memang cantik je dagingnya bila digrill. Aku masak dalam 20 minit cam tuh, sebab gunakan api yang paling perlahan sekali kengkonon tak nak bagi hangus. Lepas masak tuh terus je aku curah sos lada hitam dan gaul ke atas daging kambing. Senang malas nak 2 kali kerja kan huahauhauaa


Alah guna memana cara nak masak daging kambing ni, ermm hasilnya tetap sama sedap sedap sedap

Rangkaian Produk Frozen Bonda terdiri daripada:-

» RM35.00 bagi 550gm
» RM23.00 bagi 250gm

Untuk menjadi sebahagian daripada komuniti Frozen Bonda, bolehlah LIKE Facebook Frozen Bonda di www.facebook.com/FrozenBondaHQ

Untuk tempahan boleh hubungi Cik Nabila di talian 012-3130551

Cubalah kambing perap Barbocoa hari ini, pasti puas hati!

4 comments :

Hanim Hashim said...

Aduhhhh sedapnya lahai. Tengok gambar pun dah telio habis ni hehe

mama tisya said...

fav kambing..sodap

Azueriena Norash said...

kalau bakar bbq daging kambing nie kena jagaapi dier..kalau kering sgt x best kann...yg grill tu nmpak sedap..moist2 gituuu

mama tisya said...

suka sgt kambinggg...yummmm