Thursday, October 27, 2016

Nestle Cheerios® Oat Crisp Untuk Kurangkan Kolesterol

Hi Korang,

Sebagai usaha pencegahan awal penyakit jantung, Nestlé telah melancarkan bijirin oat beta glucan buatan Australia yang akan membantu mengurangkan tahap kolesterol. Malah melalui pek sedia dimakan yang pertama di Malaysia ini sekaligus memudahkan rakyat Malaysia untuk sentiasa menjaga kesihatan jantung mereka.

Aku sempat ke media launch untuk Cheerios® Oat Crisp keluaran terbaru dari Nestle ni di Talent Lounge, Damansara Perdana baru-baru ini. 


Berdasarkan Statistik Kesihatan 2014 dan Kumpulan Data Kardiovaskular Negara, penyakit jantung merupakan pembunuh nombor satu dan menjadi penyebab kira-kira satu pertiga daripada kes kematian di Malaysia. Malah, menurut Tinjauan Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan 2015 (NHMS) menyatakan salah satu faktor kepada penyakit jantung adalah kadar kolesterol yang tinggi. Mereka juga mendapati bahawa satu daripada dua orang dewasa di Malaysia mempunyai kadar kolesterol yang tinggi dalam badan. Jumlah ini meningkat daripada tinjauan pada tahun 2011 iaitu satu daripada tiga orang rakyat Malaysia yang menghidap penyakit berkenaan. Meskipun risiko itu diketahui umum, rakyat Malaysia masih lagi tidak mampu mengekang tabiat mereka dalam pengambilan makanan segera dan berkolesterol tinggi.


‘Kita adalah apa yang kita makan’? Jika kita kerap mengambil makanan yang berlemak dan berkolesterol tinggi, badan kita akan mula mengalami kesukaran untuk membakar minyak dan lemak di mana ianya akan mengakibatkan arteri jantung anda tersumbat dan anda akan tergolong dalam kumpulan yang berisiko mengalami masalah jantung. Sebagai langkah pencegahan, kita seharusnya mula mengamalkan tabiat diet sihat yang mengandungi kumpulan makanan tertentu seperti bjirin penuh dan oat. "Serat larut yang terkandung dalam oat dikenali sebagai beta glucan menyerap dan menyingkir kolesterol dalam badan, sekaligus mengurangkan dan mengekalkan tahap kolesterol yang rendah,” kata Cik Indra Balaratnam, pakar perunding pemakanan yang berkongsi pandangan beliau mengenai penjagaan aktif untuk kesihatan jantung semasa majlis pelancaran tersebut. 


Mengulas mengenai cabaran yang perlu dihadapi oleh rakyat Malaysia dalam mengekalkan diet sihat, Cik Nirmalah Thurai, Pengurus Peniagaan, Nestlé Breakfast Cereals, Nestlé (Malaysia) Berhad berkata, “Secara keseluruhannya, rakyat Malaysia menjalani kehidupan yang sangat sibuk dan istilah makanan yang ‘mudah dan cepat’ merupakan pilihan utama mereka. Kebanyakkan daripada kita cenderung untuk mengambil sarapan tradisional Malaysia yang selalunya bukanlah pilihan makanan yang sihat. Oleh yang demikian, Nestlé kini memperkenalkan bijirin sarapan yang bukan sahaja mudah dan sedia untuk dimakan, malah secara tidak langsung turut sama membantu dalam mengurangkan risiko sakit jantung. Sekarang, semua orang boleh mendapatkan bijirin yang akan membantu mengurangkan tahap kolesterol dalam badan dan mula mengamalkan rutin penjagaan untuk jantung yang lebih sihat.”


Semangkuk 40g Cheerios® Oat Crisp yang mengandungi kepingan yang diperbuat dengan 68% oat gandum buatan Australia menyediakan kira-kira 1.2g daripada pengambilan beta glucan harian yang disyorkan iaitu sebanyak 3g beta glucan setiap hari. 

Nestlé Cheerios® Oat Crisp ini bukan sahaja dapat membantu mengurangkan tahap kolesterol malah ia juga memberikan khasiat penting yang diperlukan oleh badan seperti fiber, kalsium, zat besi, dan vitamin & mineral. 


Atilia Haron, penyanyi yang mempunyai minat dalam bidang kecergasan dan Steve Yap, pelakon dan model turut hadir sebagai duta di majlis pelancaran tersebut. Mereka berdua akan berkongsi kisah perjalanan mereka dalam mengekalkan kesihatan jantung mereka walaupun terikat dengan jadual kerjaya yang sibuk. Steve yang kehilangan bapa tersayang akibat serangan sakit jantung manakala Atilia, bapanya pernah diserang sakit jantung, amat menyokong usaha Nestlé dalam penjagaan kesihatan jantung dan menasihati rakyat Malaysia untuk mengamalkan rutin pemakanan yang sihat tanpa mengira gaya hidup mereka. “Dengan Nestlé Cheerios® Oat Crisp yang sedap dan sedia dimakan ini, tiada alasan lagi untuk berlengah dalam mengamalkan rutin pemakanan sihat ini sekarang,” kata mereka berdua. 


Nestlé Cheerios® Oat Crisp ini boleh didapati dalam pek 190g dan 400g. 

Untuk makluman lanjut mengenai Nestlé Cheerios® Oat Crisp, sila layari www.nestle-cereals.com.my. Jangan lupa untuk menyertai kami dengan #CheeriosCheerYourHeart.

2 comments :

TELEKUNGMUSLEEMA said...

Oats memang berkhasiat tapi akak nak makan jenuh campur milo or susu bagai. Kalau biskut quaker oats memang akak laju. Cik lily singgah dah follow ler blog akak. tq.

Suria Amanda said...

I lebih suka biskut quaker..kalau oat mcm payah nau nak telan..