MY HISTORIC MOMENTS

Wednesday, February 17, 2016

Lepak Dengan Sedara Mara

Hi Korang,

Cuti raya cina kat panjang yang amat kan..

So aku pun amik kesempatanlah balik kampung since Mr Big ada KTM Bikerz Ride ke Pantai Timur, kali ni malas aku nak ikut sebab jauh plak kan. 

Ok lets balik kampung

Dengan jem teruk dan banjir teruk di Melaka baru-baru ni, selamat aku sampai rumah dan siap tolong mak aku bersihkan sungai belakang rumah ek. 

anak sedara aku duk bantai makan gegula rare ni je

Esoknye plak ktorang ke wedding cousins ktorang alah dekat-dekat situ gak, so share-share kete je pi, sampai sana jumpa plak sedara yang lelain apa lagi kecohlah sekampung ek

tengah bosan time ni

dengan anak sedara comeyyy

baru abis makan, lepak dulu

Sementara nak tunggu pengatin sampai, apalagi bergambar beramai-beramai untuk kenang-kenangan lah, kemudian update kat facebook la ek hehehehe ikut trend terkini katanya.

acik saya, orang rawang ni pandai masak laksa penang sedap

kudap-kudapan lepas makan, cakoi pepanassss

pompuan-pompuan je yang over bergambar ni

Ktorang lepak sampai petanglah borak memacam topik.

Ok pengantin sampai

ambik dari tepi je, kang kene marah dengan official photographer plak

tak de majlis tepung tawar pun, just bersalaman dengan pengantin



Sket je gambar pengantin sebab memasing sibuk nau berborak hal dunia.

ini baru suku, kalau full mesti tak muat frame kan

Itulah sekali sekala lepak dengan sedara mara memang seronok wei...


1 comment :

Yana MIB said...

haa gula² tu feveret zafirah jugakkk..legend gegula tu kan...huhu