Tuesday, February 2, 2016

Juadah Sambutan Tahun Baru Cina Dan Hari Kasih Sayang Di Palm Garden Hotel, PUTRAJAYA

Hi Korang,

Aku sempat ke media food review di Palm Garden Hotel Putrajaya sempena sambutan Tahun Baru Cina dan juga Hari Kasih Sayang.


Of courselah CNY kot, mestilah di raikan bersama keluarga dan sanak saudara, orang kata apa, makan besar kan. 

Buffet Sambutan Tahun Baru Cina

Palm Cafe @ Palm Garden Hotel menyediakan banyak hidangan makanan yang enak2 dan banyak merangkumi semua perayaan ini. Paling penting adalah sambutan Tahun Baru Cina yang memang banyak dengan hidangan istimewa.
 




Pastinya mestilah ada Yee Sang yang disediakan pada satu sudut istimewa di area buffet ini. Kalau nak korang boleh buat sendiri Yee Sang ini mengikut kemahuan kerana semua bahan di sediakan, itu yang seronok tu ek.







Selain tu juga pihak hotel menyediakan masakan Cina yang popular seperti barbeku Ayam, Itik rebus dengan halia dan Kulat Hitam, Ayam dengan Chili kering di Yam Ring, Tumis Cendawan dengan Kering Tiram dan banyak lagi. Bufet Tahun Baru Cina disediakan untuk makan malam dari hari Ahad hingga Khamis iaitu 1 - 25 Februari 2016. Pakej bufet ini pula pada harga RM91.00 nett untuk setiap orang dewasa.


Hidangan Masakan Thai dan Nyonya Untuk Reunion Dinner

Untuk Aroi Dee Thai Restaurant, mereka juga meraikan Tahun Baru Cina dengan cara tersendiri. Ada 3 set menu Thai dan Nyonya masakan lengkap dengan Yee Sang Set untuk di gaul bersama keluarga atau rakan-rakan dan business partner korang kan. Set Thai / Nyonya ini sangat berpatutan harganya iaitu RM788.00 nett, RM968 nett dan RM1288 nett. Setiap hidangan ada beberapa menu menarik yang akan berubah-ubah mengikut set-set yang diambil.








Hidangan Thai ini sangat istimewa kerana disediakan oleh chef khas dari negara Thai dan memang semua hidangan menarik dan sangat sedap. Maha sempat menikmati salah satu set hidangan Thai / Nyonya ini yang mengandungi Seafood Tomyam, Steamed Chicken Thai Style, Seabass with Nyonya Acar, Butter Prawn, Loh Hon Chai with Pau Mushroom and Chok Seng, Steamed Lotus Rice with Smoked Duck and Yam Cube dan Mixed Thai Dessert. 

Ini yang sempat ktorang cuba pada hari tersebut.

Hidangan Hari Kasih Sayang

Ermm Hari Kasih Sayang? Cam pelik plak kan. Its actually Valentine’s day, tak kiralah nak raikan dengan yang tersayang ke, keluarga pun boleh. 





Nampak sedapkan menu-menu untuk hari istimewa ni ek. Jadi siapa-siapa datang kat Palm Garden Hotel Putrajaya ini bulan Febuari tak akan rugi memang banyak gila makanan. Buat korang yang nak booking boleh mula booking sekarang juga memang berbaloi. 

Palm Garden Hotel
(Resort Villa Golf Course Development Sdn Bhd)
IOI Resort City
62502 Putrajaya

Tel: 603 8943 2233
Fax: 603 8943 1122


6 comments :

Kakzakie Purvit said...

Buntang mata kakak tengok semua yang dipaparkan CikLily:
Banyak sangat sampai tengok pun rasa dah kenyang
Menggoda selera pulak semuanya tu.

Siti Yang Menaip said...

tadi kite datang singgah sini entry dimsum kat ipoh tu.. tapi xdan nak leave komen dah kena masuk kelas..
dalam kelas kite bukak notification blog tengok Cik Lily tinggal komen kat blog kiteeee.. tetiba kite pun jadi seram sebab kite tengah stalk Cik Lily ahaha..

sekian ehhehe..

Siti Yang Menaip said...

btw.. bestnyaaa makan.. bila nk bawak kiteee =P

Unknown said...

nak tercekik kat tengok harga pakej dia..hahah

A.R.E.L.E.E.Z.A.F.F.E.N.D.Y said...

colourful yee sang. cantek!

Suria Amanda said...

bila tiba CNY memang teringin nak makan shark fin soup..tp dah susah nak dapat kan