Tuesday, February 16, 2016

Makan Nasi Daun Pisang Di ACHA Curry, Petaling Jaya

Hi Korang,


Ermm PJ kat terkenal dengan makanan India especially Nasi Daun Pisang kan..

So hari tuh, lebih 2 minggu lepas kot bebudak pompuan ni Nannie dengan Ayu plan ajak lunch sekali. Sebab tak tau nak makan apa, jadi kesudahannya makan nasi daun pisang jelah. Lagipun lama dah tak makan ni.


Dengan tak pernah redah PJ Old Town ni, aku pun guna WAZE jelah.

Ikutlah jalan mana pun gerenti mesti sampai, Mr Big tak suker gun awaze sebab dia cakap waze menipu suka ikut jalan jauh, lantaklah janji menyenangkan aku udah ler.


Dah sampai dah tempat yang dituju tuh tapi kedainya tak nampak bayangkan plak. Arrgh sudah, jalan betul, landmark pun betul.Turun jelah, pi tengok dulu ntah-ntah betul kan. La memang ye pun, betul. Rupanya betul-betul tepi simpang nak masuk jalan ni, tadi aku masuk terlindung dek lori beso kan.


Ramai giler kot orang kat Acha Curry ni, nasib baik si Nannie ni dah call siang-siang buat booking. Aku pun terus je bagitau dah booking then dapat meja. Kalau tak booking, korang kena beratur kat luar kedai sampai diorang paling, la bukan apa kedainya kocik bonau. 

Hidangan Nasi Daun Pisang


Tak de apa yang special pun dengan nasi panas kecuali di hidangkan atas daun pisang tapi yang uniknya korang boleh pilih berapa je jenis kuah yang korang nak dan juga berapa jenis sayur yang korang suka nak makan. Tiada paksaan, rasa teringin je mintak yang pelayan ni. Nanti berdesup diorang sampai bawak bekas kuah dan sayur.

( letak video)

Selain dari tu, ada pilihan menu tambahan yang boleh menambat selera korang

Cili Kering Goreng


Rupanya cili yang dijerukkan dengan garam, first time makan. Ya ampun memang masin sokmo. Aku makan sket je sebab aku tak kuat masin.

Wajib di makan – Sambal ikan bilis

Memang special sambal ikan bilis kat Acha Curry. Tak delah pedas langsung tapi menariklah, sedap dan ikan bilisnya ranggup. 

Peria goreng


Ini penting ni, mesti kena ada sekali kalau makan nasi daun pisang.

Ayam goreng


Saja je ktorang order nak tambah sedap lagi, potong kecik-kecik senang nak makan.

Pilihan Ikan


Ada banyak jenis ikan sebenar tapi ikan tenggiri dan ikan bulus ni jadi pilihan. Aku suka ikan tenggiri tu sedap dia goreng garinggggg




Ktorang makan sampai bertambah nasi especially Nannie, dah nama pun favourite dia kan, aku tak tambah pun sebab nasi yang bukan main tinggi membukit dah macam orang keje kotai dah. Sampai tersandar dibuatnya, kenyang sungguh.

geng kaki makannnnn

Ermm teringin jugak lah tu kan, ni hah tompeknya

Acha Curry
Jalan 5/51 
Petaling Garden
Petaling Jaya


Parking don’t worry, ada open space depan kedai ni. Ye luas terbentang saujana mata memandang ek. Cuma time lunch memang ramailah orang pi makan. In terms of harga oklah, ktorang berempat hari tuh termasuk si Amani kecik tuh sorang RM20 je, alah sket lebih kurang je kan.

Ke korang ada tempat makan nasi daun pisang yang lain korang nak share dengan aku?

Meh sini habaq kat check meh…


2 comments :

Yana Yani said...

aduii...nasib baru lepas makan
kurang sikit adegan meleleh ayeq liur...hehe

AziRahmanDot Com said...

sesekali makan atas daun pisang, nampak menyelerakan