Friday, February 19, 2016

Jatuh Cinta Dengan Paket Sos Pasta Perisa Asia Pertama di Malaysia

Hi Korang,

Ini ada berita yang aku nak share sket dengan korang.

Produk terbaru yang rasanya pasti dapat membantu korang ibu-ibu yang senantiasa sibuk dengan kerja dan tak de masa nak masak menu-menu yang complicated kan

Meh sini baca ek


Penyediaan hidangan pasta kini menjadi lebih mudah dengan paket sos pasta Asia pertama yang menembusi pasaran Malaysia. GBA Corporation Sdn Bhd, pengedar eksklusif jenama-jenama terkemuka FCMG telah memperkenalkan satu produk tempatan baru yang dikenali sebagai Pastamate.

Pastamate boleh didapati dalam tiga varian istimewa iaitu Sos Pasta Kari Laksa, Sos Pasta Tom Yum dan Sos Pasta Kari Ayam. Sos Pasta Kari Laksa Pastamate mempunyai keseimbangan perisa yang sempurna di mana ia adalah ringan dan pada masa yang sama, juga berkrim. Sos Pasta Tom Yum Pastamate pula boleh meningkatkan selera anda dengan ciri-ciri perasa pedas dan masam yang ketara. Manakala Sos Pasta Kari Ayam Pastamate adalah simbolik hidangan kari yang enak, cukup lengkap dengan elemen pedas dan masam, disempurnakan dengan unsur manis. Ketiga-tiga varian lazat ini akan menjanjikan hidangan enak untuk anda dan seisi keluarga. 


Pastamate dalam bentuk paket ini dihasilkan dengan kepentingan keluarga Malaysia sebagai keutamaan. Ia menjanjikan hidangan yang menyelerakan dalam masa tersingkat. Memandangkan Pastamate dipakej dalam paket individu 200-gram, ini sesuai untuk kegunaan sekali pakai untuk hidangan seisi keluarga. 

Proses pembungkusan unik setiap paket Pastamate menjaminkan produk yang berkualiti tinggi dan terbaik untuk semua. Pastamate tidak mengandungi sebarang bahan pengawet berbahaya atau pewarna tiruan. Lebih-lebih lagi, hanya bahan-bahan berkualiti sahaja yang digunakan untuk menghasilkan Pastamate yang turut disahkan halal.


Cara penyediaan hidangan Pastamate amat mudah sekali. Anda hanya perlu melarutkan paket berperisa ini dengan santan, air atau stok pilihan anda mengikut citarasa anda sekeluarga. Untuk hidangan yang lengkap, anda boleh menggabungkan bahan-bahan segar seperti bahan protein dan sayur-sayuran di dalam hidangan Pastamate. 


Sinonim dengan namanya, Pastamate sesuai dihidangkan bersama pasta bijirin durum 100%. Pasta San Remo disyorkan menepati kualitinya yang baik. Selain itu, pasta penuh bijirin adalah amat berkhasiat serta boleh membantu mengawal rasa lapar dan membuat anda berasa kenyang sehingga waktu makan berikutnya. Pastamate mengesyorkan kombinasi Sos Pasta Kari Laksa bersama Spaghetti San Remo, Sos Pasta Tom Yum bersama Angel Hair San Remo dan Sos Pasta Kari Ayam pula bersama Elbows San Remo.

Mohan Alagappar, Pengurus Besar GPA Corporation Sdn Bhd berkata, “Melalui Pastamate, rakyat Malaysia kini boleh menikmati hidangan yang terbaik dari kedua-dua dunia di dalam keselesaan rumah mereka; rasa lazat Asia dan kebaikan pasta Barat yang enak dalam hidangan sihat, cepat dan mudah disediakan.

Pastamate boleh didapati di kedai-kedai runcit utama dan pasar raya di seluruh negara pada harga yang disyorkan iaitu RM5.83 sepaket.

No comments :