Wednesday, February 3, 2016

Tersinggah Kat DIP n DIP IOI City Mall, Putrajaya

Hi Korang,

Kalau boring duk kat umah tuh, IoI City Mall jelah tempat yang ktorang sering hang out.

Sebab apa?

Sebab dekat bebenau dengan umah. Kalau nak jalan kaki pun boleh tapi melecetlah peha yang beso kayu balak tu kan hahahahah

So hari tuh, tujuan asal nak cari kasut Mr Big untuk dia pi ride CNY nanti jadi mak follow je pun. Masuklah dari satu kedai ke satu kedai kasut yang lain dah gaya cam cari kasut raya sempena CNY pulak dah kan. Sibuk cina shopping dia pun sibuk cari kasut raya jugak. 

Dah dapat kasut raya, barulah terasa haus kan.


Pusinglah cari kedai minum keliling Ioi ni, padahal banyak je tempat makan tapi nak cari yang betul-betul dapat melegakan tekak kan. 

Ini kira first time masuk Dip n Dip ni, selalunya nampak orang post kat Instagram je.


Ermm sedap sangat ke, makan coklat kat sini. Alah masuk jelah jangan fikir panjang kan. Nasib baik tak ramai sangat orang pun. Of courselah duduk dalam barulah kena air-cond, rugi duk luar sebab panas.

Pening jugak nak pilih apa nak makan sebab semuanya base coklat. Nak waffle boleh, cakes boleh, brownie boleh, semuanya di tepek coklat. 

Malas nak fikir panjang, ini je yang ktorang order.

Frenzy Chocolate Milkshake

Hot Chocolate

Chocolate Cake In a Pot with Ice Cream

Lantaklah janji makan, Mr Big ok je sebab dia dah dapat kasut kan. Seronok tak terhingga lah tu kan.

Memang sedap, coklatnya pure. Tak silap aku imported kot, ntah tak baca ingredients pun sebab malas hahahahha

Yang aku nak puji sket ni ialah service diorang. Bukan main cepat, amik order cepat, anto order cepat, kemas pun cepat. Dah siap semua diroang ni standby je kat pintu tolong bukak katup pintu bagi customer keluar masuk kan. Bagus ooo diorang nie…

Harga? Of courselah mahal. Coklat kan bahan utamanya, tapi sedaplah.
 

Kat mana Dip n Dip ni ek, ni hah tompek eee

Dip n Dip 
GE-13, Ground Floor,
IOI City Mall Putrajaya

(area restoran sebelah luar tau, mengadap cam kolam air pancut gituh)

So sekala sekali nak rasa mewah sket macam orang kaya mehlah pi lepak-lepak kat sini sambil pekena air coklat panas ek hehehehhe

4 comments :

Fyda Noh said...

Masa zaman sekolah suka betul minum minuman coklat, tapi yang cadbury tu je lah.. sekarang duk beralih ke cinch tea shaklee.. memang asyik

Luqman Zakaria said...

takpe mahal kalau makanan sedap kan..service pon tip top kira oklah kan.

mama tisya said...

dapnye dipndip...aritu dh pegi yg kt curve

Suria Amanda said...

Ayat tersinggah tu memang x menahan la..meh la terbelanja i plak...