Tuesday, February 23, 2016

Mixed VM Fruit Drink Dari Water Beaute World

Hi Korang,

Ada lagi satu info yang aku nak sharekan dengan korang gak ni, bagus jugaklah mengenai produk kesihatan.


WBW International Group hari ini telah melancarkan produk terbaru yang dikenali sebagai Mixed VM Fruit Drink. Majlis telah disempurnakan oleh Encik Alex Lee (Pengarah juga selaku pemilik syarikat), Encik Daniel Lui (Pengarah), Encik Rahmad Bin Tohak (Ketua Pegawai Eksekutif), Encik Johar Bin Abd. Rahman (Ketua Pegawai Pemasaran) dan Encik Ahmad Raznee Bin Abdul Rauf selaku Ketua Konsultan Antarabangsa.


Mixed VM Fruit Drink dilabelkan sebagai minuman tenaga yang lebih unggul dan tiada seumpamanya di pasaran buat masa sekarang. Ia adalah formula kelas pertama dari Jerman yang menggabungkan kebaikan buah tomato, beri biru, beri Hawthorn, manggis, kranberi, delima dan beri Acai. Tidak ketinggalan teh hijau, roselle, biji anggur, Cordyceps serta kulit kayu pain (pine bark). Kesemua bahan bahan ini memiliki keistimewaan yang tersendiri seperti fungsi anti oksidan yang tinggi, anti penuaan, mengurangkan masalah sembelit, meningkatkan imunisasi badan, elemen detoksifikasi, membersihkan darah, baik untuk kecantikan kulit dan sebagainya. 


Dari kiri Encik Ahmad Raznee Bin Abdul Rauf, Encik Daniel Lui, Encik Alex Lee, Encik Rahmad Bin Tohak, barisan selebriti tanahair dan Encik Johar Bin Abd. Rahman.

Didatangkan di dalam kotak cukup eksklusif, Mixed VM Fruit Drink adalah sesuai untuk semua. Minuman yang telah mendapat status halal JAKIM ini diperbuat daripada bahan 100 peratus semulajadi dan telah dikilangkan di kilang sendiri yang mempunyai status GMP (Amalan Pengilangan Baik).


Majlis yang berlangsung turut diserikan dengan kehadiran beberapa orang selebriti tempatan seperti Susan Manen, Mustafa Kamal, Maria Tunku Sabri, Ifa Raziah, Bienda, Sheeda dan Fazli Zainal. 

Sedikit Info mengenai WATER BEAUTE WORLD :-

WBW (WATER BEAUTE WORLD) International Group merupakan sebuah syarikat awam bersepadau yang telah ditubuhkan pada tahun 2000. Peniagaannya meliputi penyelidikan dan pemasaran produk kesihatan, pelaburan ekuiti dan kewangan, pelaburan hartanah, palburan modal teroka dan sebagainya. Berbekalkan visi ‘Dare To Be’, WBW International Group bukan sahaja mempelopori platform bisnes di Malaysia tetapi telah berkembang ke China, Hong Kong, Taiwan, Indonesia. Singapura, Filipina, Brunei, Kemboja dan Thailand. 

WBW International Group kini memiliki dua buah kilang produk kesihatan yang memperolehi sijil GMP. Selain daripada itu, produk produk kesihatan yang dikeluarkan oleh WBW International Group mendapat pengiktirafan halal JAKIM, HACCP, OHSAS, ISO dan lain–lain. Buat masa sekarang, WBW International Group mempunyai lebih daripada 150 pelanggan setia di dalam dan luar negeri. WBW International Group juga merancang untuk menubuhkan kilang ketiga yang memperolehi sijil GMP. 

WBW International Group fokus terhadap penghasilan produk yang unggul dan oleh yang demikian, tidak hairanlah ia mendapat kepercayaan daripada para pelanggan dalam tempoh 15 tahun ini. Pengeluaran produk kesihatan merupakan salah satu projek utama yang berprestasi tinggi. 

WATER BEAUTE WORLD

atau

1 comment :

sitirohaida said...

ramai dah artis buat bisness ye skrg ni