Friday, February 26, 2016

Sarapan Pagi Bersama AdiPutra Dan Mira Filzah Anjuran Denaihati Network

Hi Korang,


Citer minggu lepas ni tapi baru hari ni ada kesempatan nak citer




Balik-balik dari Jakarta last week trus ada invite ke event anjuran Denaihati ni. Nasib baik dekat je dengan umah kan, Bangi Golf Resort hehehe


Sesampai je of course bergambar dulu.


Pantang je siapa yang ada kat depan registration counter tuh kan, semua di ajak selfie hehehehe. Lagipun sementara nak tunggu tetamu terhormat datang kan.


Dalam pukul 8.30pagi kot tak silap aku hero dan heroin drama CInta Si Wedding Planner ni sampai, AdiPutra dan Mira Filzah. Comey betul Mira Filzah in person dan sudah semestinya hensem abang kita Adi Putra ni kan


Ok sedikit kata-kata aluan daripada Tuan Hj Amir selaku founder Denaihati Network ni ek.




Sambil kitaorang bersantai-santai bersarapan, Mira Filza sempat kongsikan perkembangan beliau dalam bidang lakonan dan penggambaran yang sedang beliau jalani ketika ini. Wah dah start shooting telefilem raya pulak ek.

selfie bersama Mira Filzah, senang terus upload dalam instagram

Di sebabkan Mira Filzah tak boleh lama, so bagi slot dia untuk lucky draw.


Hadiah daripada produk keluaran beliau sendiri tau, skincare wanita dan instant shawl tapi aku tak menang pun kan, alah tak perlah.


Adi Putra pula umumkan tentang Pakej Umrah yang syarikat beliau uruskan. Projek terbaru yang sedang dilakukan sekarang adalah Umrah bersama beliau dan bersama beberapa artis lain yang turut serta yang akan diadakan sekitar tahun ini. Bolehlah sesiapa yang berhajat nak lakukan UMRAH ambik pakej seperti yang tertera dalam gambar dibawah ini.

selfie bersama Adiputra, la rupanya adik-adik lagi daripada aku hehehhe

Bagus ni, menda-menda cam ni haruslah di viralkan ye tak


Alhamdulillah majlis selesai dengan jayanya, terima kasih tak terhingga buat Denaihati Network kerana sudi menjemput aku dan bloggers lain ber sarapan pagi bersama Adi Putra dan Mira Filzah serta tidak lupa kepada penaja untuk majlis ini iaitu Jemaah Bisnis DenaihatiEvoWang.com, CVS Production, AbangEnsem.com, Pav’s Lover Bakery dan Sohaini Cookies.

dengan tokeh pavlova dan blogger kaki makan

sporting kan bro ilham ni ek..

Oh ye, some of the photos aku amik dari fanpage CVS Production sebab malas nak amik guna camera kan especially gambar group yang reramai tuh. Cantik hasil kerja feeq ek..


2 comments :

Rizziela said...

mesti comel kan Mira Filzah

sitirohaida said...

seronok dapat jumpa hero n heroin ek