Friday, February 19, 2016

Trend Tudung Terbaru Wanita

Hi Korang,

Kalau nak citer pasal tudung boleh tak?

Ishk haruslah boleh kan.

Korang kan suka bab-bab fesyen ni especially tudung. Ni aku nak sharekan trend tudung terbaru ni tau.


Tudung adalah antara fashion item yang sangat penting buat wanita Islam. Ini kerana menutup aurat adalah wajib bagi Muslimah dan memakai tudung memberikan ruang bagi mereka untuk menerapkan ajaran agama untuk dipraktikkan. Namun begitu, bagi Muslimah di Malaysia pemakaian tudung terkini tidak membataskan ruang untuk mereka kelihatan bergaya bergaya. Sekarang ini terdapat banyak seleksi tudung murah dengan pemilihan corak, warna dan rekaan yang menarik bersama harga yang cukup berpatutan.

Oleh kerana golongan wanita yang bertudung semakin gemar bergaya dan mengikut arus trend fesyen Muslimah terkini semakin banyak koleksi tudung murah dengan rekaan moden dihasilkan. Pereka-pereka fesyen Malaysia juga telah muncul dengan koleksi tudung terbaru bersama rekaan yang unik dan eksklusif.

Kalau kita lihat dengan lebih dekat trend tudung terkini untuk wanita semakin mendapat perhatian selepas wujudnya golongan pencinta fesyen pakaian Muslimah yang lebih dikenali sebagai hijabista. Malah dengan pengaruh yang datang daripada selebriti terkenal seperti Dato Siti Nurhaliza, Yuna dan Shila Amzah yang popular dengan imej berhijab ianya menaikkan populariti fesyen tudung di negara ini. 

Semakin banyak pilihan rekaan untuk koleksi tudung terbaru wanita sekarang ini. Malah variasi warna dan corak juga boleh didapati hampir di mana sahaja!

Ramai juga wanita yang mencari tutorial menggayakan tudung wanita online di internet dan melalui video tutorial hijab di Youtube. Jika korang sedang mencari idea untuk menggayakan tudung bagi daily basis ke tempat kerja, majlis istimewa mahupun makan malam bersama si dia, di bawah ini ada beberapa gaya padanan tudung bersama pakaian Muslimah. 

Semoga ianya dapat berikan korang sedikit inspirasi!

Baju Kurung Moden

Baju Jubah Moden

Baju Fesyen Muslimah Top

Comey kan

Itulah terminat plak aku ni.. ermm mana tau satu hari nanti nak bertudung kan so dah ade reference dah.


1 comment :

Expert Funding said...

Pelanggan yang dihormati,

Apakah keperluan kewangan anda?
Kami memberi pinjaman kepada individu dan syarikat terutamanya Individu yang mempunyai rancangan dan Idea perniagaan tetapi sukar untuk bermula kerana kekurangan modal permulaan. ( Tawaran dari $5,000 hingga $250,000 atau lebih )

Dapatkan pinjaman jangka pendek dan panjang segera untuk menubuhkan perniagaan anda sendiri dan nikmati faedah menjadi bos anda sendiri.

Di bawah adalah beberapa idea perniagaan dengan pelaburan rendah dan keuntungan tinggi yang anda boleh melabur.

Pasaraya
Perancang perkahwinan
Jualan/bekalan haiwan peliharaan
Pereka dalaman
Rekaan Barang Kemas
Restoran makanan segera
Gim atau Pusat Kecergasan
Salon Kecantikan/Butik Fesyen dll.

Dengan kadar faedah 2% yang berpatutan dan tempoh 1 hingga 15 tahun
Untuk maklumat lanjut hubungi kami melalui E-mel: expertinfoq@gmail.com