Monday, January 18, 2016

Manjakan Diri Di HEALTHLAND SPA Setia Alam

Hi Korang,

Penat memang penat tapi nak buat cam ne, kita orang pompuan ni asal celik je mata segala anggota badan non-stop bergerak. Pendek kata keje keje dan keje. 

Bila plak masa nak berehat kan..


Sebab tulah bila blogger Carol Lam ajak pi HEALTHLAND Spa di Setia Alam last 2 week aku excited sekali nak pi, inilah masanya untuk manjakan badan yang sana sini sakit tak menentu.



Di "HealthLand Wellness Centre" ada menawarkan pelbagai servis dan program kesihatan yang bercirikan gaya hidup holistik. Selain dapat merehatkan badan, pelanggan (samada lelaki mahupun perempuan) juga boleh mendapatkan servis terbaik yang berkaitan dengan kesihatan badan.

Meh intai-intai persekitaran spa ni ek




Di lobi yang luas penuh dengan kemasan yang menarik dan unik mmperlihatkan sentuhan hiasan bertemakan seni Bali, turut disediakan di sini juga tempat menunggu buat pelanggan yang hadir bagi mendapatkan perkhidmatan yang dikehendaki.

Ada 3 jenis treatment yang di sediakan untuk ktorang iaitu :-

1. Hand Paraffin

2. Foot Treatment - 60 minit

3. Urutan Thai (Satu Badan)- 60 minit

Orite lets check it out ek

1. Hand Parafin


Ini kira first time aku buat treatment ni. Tujuan hand parafin ni ada untuk membuang sel-sel kulit mati di tangan dan tangan kita jadi lembut.




Memula tangan di sapukan cream secara keseluruhannya, kemudian di rendam di dalam wax yang suam-suam kuku selama beberapa minit. Lepas tuh di balut dengan cling wrap dan dibiarkan selama 10 minit.


Panas jugak oo wax tu, aku cam nak nangis gak lah. Maybe aku yang first buat so wax tu still panas lagi kan,bila turn orang lain ok je plak aku tengok. 

Once plastic tu dah bukak, memang kulit rasa lembut.

2. Foot Treatment - 60 minit

Sebelum ktorang di bawa ke bilik khas untuk foot treatment, kenalah cuci kaki dulu.



Kasut pun diorang tolong simpankan gak tau. Special sehh.

Jeng jeng jeng.


Dah sampai bilik foot treatment, best giler. 

Apa yang menarik, sambil-sambil kaki diurut oleh therapist, kita juga boleh menonton filem yang ditayangkan di skrin besar. Dan tidak perlu khuatir terhadap isu kebisingan, ini kerana setiap pelanggan di sini akan memakai "headphone"yang mana kita akan lebih relax sambil menonton dengan kaki diurut.



So sambil kaki di urut aku pun layan jelah movie yang di tayangkan tuh tapi sekejap je selebihnya tidur hahahaha. Sejuk ooo bilik tuh, dah ler siap selimut bagai of courselah mak tertido nok.

3. Urutan Thai (Satu Badan)- 60 minit


Ok last treatment, urutan tunjuk langit hehehehe bukanlah urutan badan tapi yang jenis rileks punya.



Pemilihan bilik berdasarkan jenis perkhidmatan urutan yang diambil dan juga bergantung dengan kekosongan yang ada ketika itu. Katil aku bersebelahan bebudak blogger ni so tak delah rasa cuak-cuak pun kann hehehe

Sesi urutan Thai yang aku pilih mengambil masa selama 60 minit. Terasa segala lenguh di badan hilang. Daripada kaki, perut, tangan, bahu dan kepala diurut mengikut jenis tekanan yang kita pilih samada secara "lembut" ataupun "sederhana". Ternyata urutan dari therapist yang berpengalaman dan yang mendapat latihan memang terbaik, lain dari yang lain.


Perasaan rasa macam di lipat-lipat tapi tak pun, sedap je dan yang penting banyak angin kuar daripada badan aku ni ek.


Ermm memang lega rasanya lepas abis je semua treatment ni kan, pekena plak teh serai ni memang awesome sungguh. 

Kafe One + Another

Sementara tunggu bloggers lain abis treatment, ktorang lepak di Kafe One + Another




Di HealthLand Wellness Center juga menyediakan kafe iaitu Kafe One + Another yang menawarkan pelbagai jenis minuman samada panas mahupun sejuk serta hidangan pencuci mulut yang enak-enak.



Bestlah pekena mocha sambil makan cheese cake.




Uniknya di Healthland Wellness Centre ni, segala perabut, aksesori, hiasan rumah semuanya di jual tau. Kalau korang minat pi beli ajer..

Untuk pakej-pakej istimewa yang sekarang telah berlangsungnya promosi hebat, uolls boleh rujuk pada gambar di bawah ya :=)



Dan kalau uolls berminat untuk hadiahkan pakej perkhidmatan yang disediakan di HealthLand Wellness Center kepada ahli keluarga dan rakan-rakan, bolehlah mendapatkan Gift Card yang turut dijual kepada pelanggan.


Jom terjah ke cawangan HealthLand Wellness Center yang berdekatan seperti alamat yang tertera di bawah:-

HealthLand Subang Taipan
39, Jalan USJ 10/1E, 47620 Subang Jaya, Selangor, Malaysia.
Indulgence Line : +6 03 8081 6255

HealthLand Kota Kemuning
5, Jalan Anggerik Vanilla, BE 31/BE, Kota Kemuning Seksyen 31,40460 Shah Alam, Malaysia.
Indulgence Line : +6 03 5525 2989

HealthLand SS2
35, Jalan SS2/67,
47300 Petaling Jaya, Selangor.
Indulgence Line : +6 03 7865 8313

Signature HealthLand Puchong 
2, Jalan Puteri, 1/1, Bandar Puteri, Bandar Puteri Puchong,
47100 Puchong, Selangor.
Indulgence Line : +6 03 8051 8993

HealthLand Sri Petaling
47, Jalan Radin Tengah, Bandar Baru Sri Petaling,
57000 Kuala Lumpur.
Indulgence Line : +6 03 9054 9882

Signature HealthLand Setia Alam 
Lot No. 2, Jalan Setia Prima K U13/K, Sek. U13, Setia Alam,
40170 Shah Alam, Malaysia.
Indulgence Line : +6 03 3362 3337

HealthLand Renaissance Hotel
Lot LGF, Lower Ground, LL12 & LL13, Lower Lobby, Renaissance Kuala Lumpur Hotel, Jalan Sultan Ismail, 50450 Kuala Lumpur, Malaysia.
Indulgence Line : +6 03 2724 0915

Signature Healthland Taman Desa
No 18 & 20, Jalan 4/109E, Off Jalan Kelang Lama, Taman Desa Business Center
58100 Kuala Lumpur
Indulgence Line : +6 03 7988 0633

Healthland Taman Connaught
No 42, Jalan Cerdas, Taman Connaught. Cheras
56000. Kuala Lumpur
Indulgence Line : +6 03 9107 8055

HealthLand Seksyen 14
No 15, Jalan 14/20, Seksyen 14,
46100 Petaling Jaya, Selangor.
Indulgence Line : +6 03 7932 0830

HealthLand Uptown Damansara
No. 116 & 118, Jalan SS21/35, Damansara Utama,
47400 Selangor.
Indulgence Line : +6 03 7731 8338

muka mak-mak bloggers yang enjoy lepas kena urut satu badan hehehhehe

Keterangan lanjut juga boleh layari : http://healthland.com.my/

3 comments :

TSHIRT MUSLIMAH CASUAL said...

hiasan dalaman yang sangat romantik, confirm tidur diulit mimpi nieh..tak der ker orang nak hadiah akak voucher spa nie.

Haslinda Lynn said...

sedapnya cheese cake tu..
terliuq dah hihi

AyuArjuna BiGoshh said...

jom repeat.....