Wednesday, January 6, 2016

Cartel Coffee Shop, Bangi Seksyen 15

Hi Korang,

Citer pasal makan-makan lagi ek hehehhehe

Sebenarnya dah 2-3 kali nak pi makan kat sini tapi disebabkan penuh manjang so tak perlah biar reda sket baru pi.


And malam tuh sepatutnya ktorang nak pi makan kan Jigar Cafe tu sebab churrosnya sedap eh boleh tutup plak kan, round-round satu Bangi ni dan akhirnya teringat cafe ni then terus ke sana.


As usual parking tak de depan kedai tuh, so park jauh sket then menapaklah.


Pakai container je diroang buat kedai ni dan stafnya muda-muda belaka. Dengar citer Rawlins yang staff tu ada sebahagian ownernya, betul ke tidak ntah aku pun tak sure ek. Macam ala-ala kedai mafia pun ada gak ek hehehe


Malas nak duduk bawah bagi chance lah yang berkeluarga duduk makan kat ruangan air-con, ktorang naik kat sebelah atas tak de air-cond open air gituh. Lagipun nampak kereta dari jauh bila duduk kat atas ni. Banyak yang lepak je kat atas ni, especially bebudak muda kan sampai hisap rokok ke vape ke whateverlah, bincang bisnes MLM ke, sign agreement insurance ke kan. Suker hati diaorang la ek

Menu yang dihidangkan of courselah kopi kan, dah nama pun kedai kopi tapi ada jugak makanan western yang lelain ek

Mocha Frappacino

Caramel Coffee Frappacino

Carbonara

Sirloin Steak

Actually nama-nama menu ni semua aku tak ingat, so aku tulis jelah ek. Sampai sana pepandai korang tengok menu tu ek. Oh ye, semua gambo dalam gelap sebab malas nak pakai flash kang orang kata buat food review plak kan.

Oklah not bad makanannya, harga pun berpatutan dan bersesuaian. Ktorang makan tu semua sekali dalam RM60 lebih sebab ktorang kuat makan so jangan tiru ek. Ikut budget koranglah, ada sket makan sket, ada banyak so makan banyaklah

Ni hah tompek ek,

Cartel Coffee Shop
No.11, Jalan 15/1D,
Seksyen 15,
43650 Bandar Baru Bangi,
(berhadapan rahsia kopitiam dan juga burger byte Bangi)

Open Hours: 12:00 PM – 2:30 AM

konon macho la tuh kan

Lepak-lepak memang sesuailah kat sini, environment kalau malam chill sangat. Cuma kalau pi siang cair makeup ooo kalau duduk sebelah atas kan.

6 comments :

Sally Samsaiman said...

ruang nampak agak padat tapi boleh la cikidaut sekali nnt

luqman zakaria said...

60 tuh kire ok dah tuh..makan steak lagi..kira cun jgk la rege dia..hehe

Siti Rohaida Yusof said...

sirloin steak tu nampak sedap sangat2...terliur den!!

Kakzakie Purvit said...

Oooh... kakak tahu tempat ni dekat dgn rumah kakak ipar kakak tapi kakak tak pernah pergi menikmatinya lagi. Nampak menggoda tu:)

hainom OKje said...

Hang ni CL pandai betul cari tempat makan yg best best kan....
Mak ni tak boleh makan yg bercheese sangat maklumlah menuju kilauan hihi

batu alam said...

enak kali uth ice cream. :)