Thursday, January 21, 2016

Lunch Di Grandmama's @ Pavilion, Bukit Bintang

Hi Korang,

Weekend memang ikut mood samada nak masak atau pun tak kan. 

Yelah kalau dah bantai mengemas rumah buat housekeeping buang barang-barang sampai ke tengahari jawabnya memang aku tak masak.


So masa cuti new year hari tuh tuh, lepas je buat housekeeping mandi-mandi then terus keluar pi jalan-jalan cari makan. Dengan tak de arah tujuan tup-tup terpacul kat Pavilion. Rasanya lama benau tak kemari kecuali kalau ada event je aku masuk mall ni. 

Nak makan kat food junction tu cam malas plak nak bangun order sendiri dan collect kan, kedai ayam KyoChon tu plak manjang je penuh. So ktorang naiklah ke atas, pusing punye pusing sampai tingkat atas then nampak pulak kedai makan Grandmama’s ni. 


La ada kedai makan rupanya ek. Comey kan menu book diaorang ni, gambar nenek pakai kebaya naik motor cam harley davidson huahauhauha...

iced kedondong

iced longan

Check-check menu rupanya diorang serve makanan melayu style nyonya. Hah masuk terus then order jelah.


Apa lagi order ikut sedap tekak lah kan

Assam Prawns

Wok Fried Beef with Cashew Nut in Black Pepper Sauce

Braised Beancurd with Minced Meat

Ermm bila sampai makanan kat meja, tengok-tengok macam nampak tak sedap je pun kan. Sekali bila makan terus bertambah nasi memasing sebab sedap bebenau.

Makan sampai tersandar dibuatnya


Sempat jugak order ABC untuk pencuci mulut. Sedap gak sebab dia guna santan segar.

Lepas makan lepak-lepak dulu bagi semua lauk-pauk turun ke bawah sket then baru jejalan mengabiskan duit hahahahahha tipu arr sebenarnya pi beli barang dapur kat Mercato kat bawah tu je.

Ni hah tempatnya:

Grandmama's Pavilion KL
Lot 6.01.02, Level 6, 
Pavilion Kuala Lumpur.
Tel: 03 – 2143 9333

Sedap gaklah menu-menu makanannya dan harga makanan pun sedap gak lah kan hahahhahahaha.. barulah Pavilion kan. Alah sekali sekala katanya...

Selamat menjamu selera..

9 comments :

wong meimot said...

sedappppnyaaaa

Suriaamanda said...

Mahal tak?RASA NAK MAKAN KAT SINI PLAK NEXT BIRTHDAY CIK ABE TU NANTI

Alyza Fisol said...

cer bagitau, brape abis sekali makan...hehe..kot kot la tetiba eh, dh smpai pavi laaa...

luqman zakaria said...

terliur tgk Abc tuh

Diana Rashid said...

wah..laici dia sampai penuh gelas..

Lea Ismail said...

iced kedondong tu yang sedap tu....

CikLily Putih said...

@SA
ok ok lah bagi kite..
satu dish tu bawah RM40.00 cam tuh. portion beso sket

CikLily Putih said...

@Alyza
rege bawah RM40.00 satu dish tapi minced meat tu dalam RM20 sajor..

CikLily Putih said...

@Lea
itula masam-masam manis..