Monday, January 4, 2016

AisKrim Potong TEH TARIK KING’S, Sebijik Rasa Teh Tarik

Hi Korang,


Teh tarik dalam bentuk ais krim?


Biar betul ek!

Mesti sedap giler lah kan, teh tarik tuh all Malaysian favourite kan. Siang malam bedal teh tarik pun tak per aku ni kan..

yang lapisan luar tuh perasan teh dan yang putih tu susu, tak manis pun. just nice

King’s Potong mengembalikan kenangan nostalgia masa lalu apabila aiskrim seumpama ini, walaupun kelihatan mudah tetapi ia boleh mengembirakan kita dengan kepelbagaian perisanya ketika cuaca panas. Sehingga ke hari ini, walaupun kita diberi pelbagai pilihan, kita tetap akan menikmati aiskrim Potong pada bila-bila masa kerana keunikannya yang tersendiri.


Dalam memelihara budaya makanan Malaysia dan memastikan bahawa semua rakyat Malaysia berpeluang menikmati pencuci mulut kegemaran mereka dalam bentuk ais krim potong, King's telah menghasilkan aiskrim kepelbagaian perisa seperti Kacang Merah, Pulut Hitam, Durian, Cempedak dan Keladi. King’s Potong terkenal dengan perisa asli tempatan kerana penggunaan santan asli.

Menikmati minuman kegemaran rakyat Malaysia tidak akan sama tanpa Teh Tarik. Oleh itu, King’s Potong dengan kerjasama F&N Krimer Manis telah melancarkan varian Teh Tarik dengan menggunakan resepi asli F&N iaitu 2.5g serbuk teh dan dua sudu besar F&N Krimer Manis untuk mengekalkan rasa asli dalam secawan Teh Tarik. Menikmati Teh Tarik tidak akan sama lagi terutamanya pabila ia dalam bentuk aiskrim potong.


King’s Potong boleh didapati pada harga RM1.30 sebatang atau RM6.95 untuk pek 6 batang (termasuk 6% GST). Kesemua King’s Potong boleh didapati di semua pasar raya besar, pasar raya, dan juga di kedai-kedai runcit yang berdekatan di seluruh negara.

Apa lagi jom pekena ais krim teh tarik!!

4 comments :

Luqman Zakaria said...

thank you Cik Lily sebab share pasal ini..langsung tak tahu..haruslah try nanti..hehe

Mermaid said...

Ika dh la suka the tarik n teh ice.... sedapnya hai
http://www.unlimitedbeautysecret.com/

illy ariffin said...

illy pun suka sedap sangt yang flavour baru ni cuma payah skit nak cari bukan semua tempat ada. bila jumpa t u borong terus stock dalam peti ice :)

mama tisya said...

aritu tgk geng blogger uolss smua dok up..tp tkde jmpa lg kt supermarket...nk kena pi cr ni..nk try...nmpk best