Wednesday, January 13, 2016

Kenapa Kita Perlu Bayar Bil Pembentungan IWK

Hi Korang,

Ini ada informasi penting jugak aku rasa kan.

Tau tak pembentungan IWK tu ape?

Hah ramai tak tau lagi

Fine meh aku citer sket je tau..

Korang bukan main seronok lagi makan macam-macam sampai senak-senak perut kan, balik umah pi membuang kat tandas. Betul tak? Lepas tu tau tak proses seterusnya bahan-bahan yang dibuang tu akan di salurkan ke sistem pembentungan yang di selenggarakan oleh Indah Water Konsortium (IWK). 

Proses pembentungan tu memang kita nampak remeh, eleh semuanya mesin yang uruskan tapi kalau terjadi apa-apa kat mesin tu sapa yang nak uruskan, mana nak dapatkan dana ek. So sebab tulah kita mesti kena bayar bil pembentungan IWK ni. 



Indah Water Konsortium Sdn Bhd, sebuah syarikat milik Menteri Kewangan yang telah pun diperbadankan, merupakan syarikat pembetungan nasional yang telah diamanahkan serta di beri tugas bagi membangunkan dan menyelenggarakan sistem pembetungan moden dan efisien untuk kemudahan semua rakyat Malaysia.

Kerajaan Persekutuan telah memberi konsesi kepada syarikat terpilih pada tahun 1994. Selaras untuk mengambil alih perkhidmatan pembetungan seluruh Negara yang mana jika sebelum ini ianya adalah di bawah tanggungjawab Pihak Berkuasa Tempatan.


Bermula dari tahun tersebut, Indah Water telah mengambil alih perkhidmatan pembetungan daripada semua pihak berkuasa tempatan kecuali Kelantan, Sabah, Sarawak, Majlis Bandaraya Johor Bahru dan Majlis Perbandaran Pasir Gudang. IWK bertanggungjawab terhadap penyelenggaraan loji rawatan kumbahan, yang harus beroperasi selama 24 jam sehari dan setiap tahun.

Untuk pengetahuan semua negara kita sangat memerlukan sistem pembetungan yang moden dan efisien. Ini bagi memastikan air kumbahan dirawat terlebih dahulu sebelum ianya disalirkan ke dalam sistem pengairan (samada sungai, parit dan laut). Sekaligus ianya dapat membantu negara :- 

1. Memelihara sumber air

2. Melindungi kesihatan awam 

3. Mewujudkan persekitaran yang bersih dan selamat.

Kaedah-kaedah rawatan penyingkiran atau penukaran bahan cemar dengan penambahan bahan kimia atau reaksi kimia adalah dikenali sebagai proses-proses unit kimia. Ini meliputi pemendakan, penyerapan dan penyahjangkitan


Nampakkan begitu kompleksnya tugas IWK dalam memastikan segala hasil pembuangan kita diuruskan dengan baik dan sempurna. 

CAJ-CAJ PEMBETUNGAN

Premis domestik (seperti rumah kediaman) dikenakan sama ada RM8 sebulan (27 sen sehari) untuk sistem pembetungan yang disambung kepada loji rawatan kumbahan awam atau RM6 sebulan (20 sen sehari) bagi mereka yang menggunakan tangki septik individu.

Premis kerajaan pula dikenakan caj bulanan berlandaskan jumlah caj tetap dan caj tambahan berdasarkan purata penggunaan air melebihi 100 meter padu.

Caj asas ditetapkan pada RM40 sebulan untuk perkhidmatan bersambung dan RM25 sebulan untuk perkhidmatan tangki septik individu yang menerima perkhidmatan pengosongan oleh IWK.

Caj bulanan untuk premis komersil terdiri daripada jumlah caj asas, berdasarkan nilai tahunan hartanah serta caj tambahan. Ia berdasarkan purata penggunaan air melebihi 100 meter padu.

Nilai tahunan ditakrifkan sebagai anggaran sewa tahunan premis. Premis perindustrian dikenakan bayaran secara bulanan berdasarkan 'kiraan kepala' dengan caj minimum RM25 sebulan untuk perkhidmatan bersambung atau RM20 sebulan untuk perkhidmatan tangki septik individu.

Caj bulanan bagi seorang pekerja atau pengguna dalam sesebuah premis perindustrian yang menerima perkhidmatan pembetungan bersambung ialah RM2.50 sebulan atau RM2 sebulan untuk perkhidmatan tangki septik individu.


Dan jangan tidak tahu pelbagai perkhidmatan pembayaran bagi kemudahan pengguna telah disediakan, antaranya seperti :-

1. Menggunakan Sampul Surat Setem Pra-Bayar IWK bagi pembayaran berbentuk Cek, Kiriman Wang atau Wang Pos. Sila pastikan anda menulis NOMBOR AKAUN PEMBETUNGAN anda di muka belakang Cek, Kiriman Wang atau Wang Pos.

2. Pejabat-Pejabat & Ibu Pejabat IWK di Aras 1-4, Blok J, Pusat Bandar Damansara, 50490 Kuala Lumpur bagi pembayaran secara Tunai, Cek, Kiriman Wang atau Wang Pos. Tel. 03-27801100.

3. Perbankan Internet

www.Maybank2u.com.my bagi pemegang akaun Maybank sahaja

www.cimbclicks.com.my bagi pemegang akaun CIMB sahaja.

www.mbfcards.com (MBf "Click n' Pay") bagi semua pemegang kad kredit Master

www.rhbbank.com.my bagi pemegang akaun RHB sahaja.

www.pbebank.com bagi pemegang akaun Public Bank & Finance sahaja.

www.AmOnline.com.my bagi pemegang akaun AmBank sahaja.

www.bankislam.biz bagi pemegang akan Bank Islam sahaja.

www.eonbank.com.my bagi pemegang akan EON Bank sahaja.


4. Kaunter Pembayaran (Tunai Sahaja)

Pos Malaysia
Bank Simpanan Nasional
AmBank

5. Kaunter Pembayaran (Cek & Tunai)

Public Bank & Finance
Maybank & Mayban Finance
Bank Islam
EON Bank
Pejabat Unit Indah Water

6. Mesin Juruwang Automatik (ATM)

Public Bank & Finance
AmBank
RHB Bank

7. Perbankan Telefon

Maybank & Mayban Finance (Kawanku Tel: 1-300-88-6688)
Public Bank & Finance (Tel: 03-2163 9000)
MBf "Call n' Pay" (Tel: 03-2167 7600)

8. Pemindahan Dana Secara Elektronik

Pembayaran melalui akaun Maybank (Ampang Park) : No. akaun - 514057242404

9. Nombor Akaun AmBank untuk IWK

AmBank Pusat Bandar Damansara – 2292022000083


Indah Water Konsortium (IWK) sememangnya memikul tugas penting bagi memastikan rakyat Malaysia dapat menikmati persekitaran yang bersih dan sihat menerusi sistem pembetungan yang diselenggarakan dengan baik. 

Keterangan lanjut boleh layari dan klik :-

Website: www.iwk.com.my


Twitter: @iwkcomms

Jom kita sama-sama menyokong usaha IWK ini :=)

4 comments :

AyuArjuna BiGoshh said...

haruslah pi bayaq....

kalau tak najis kita sama nak uruskan..nak kambus no way lah kan...

tq cik lily for sharing this :)

Sally Samsaiman said...

Rasa macam tak penting, lepas baca ni baru laa tauu!

Anonymous said...

kalau kita tak duduk dah rumah tu & kita dah potong/tutup air..IWK kita patut bayar ke sbb rumah tak ada org duduk..


Luqman Michel said...

Ia memang benar apa di katakan di blog. Tetapi saluran najis yang di bina di Kota Kinabalu oleh Salcon Engineering Bhd selalu ad 'Manhole Overflow'. Sila baca lanjut di: www.seweragescam.com