Friday, January 22, 2016

Lepak Di Kedai Kopi Karat, Bangi Seksyen 3

Hi Korang,

Sebenarnya banyak lagi kedai makan yang aku tak explore kat Bangi ni.


Salah satu sebab kedai tu ramai orang datang masa ktorang pi, review makanannya lousy, tak de masa dan tak kene dengan tekak ktorang. 

So banyak dah bebudak ni propose aku suruh pi Kedai Kopi Karat ni but jadual malam senantiasa penuh je, then satu malam tu ktorang tak tau nak makan apa, apa lagi merayap-rayaplah sampai ke mari. 

Masuk-masuk cam terperanjat sket




Sebab ingatkan kedai barang antic ek, decornya semuanya barang-barang lama. Aku pun cam jakun sket amik gambo sampai kena cuit dengan Mr Big, cakap duduk dulu order then baru amik gambo kan.. species pompuan jakun sungguh.

Menunya simple. Makanan dulu tradisional cam lempeng, ubi rebus, biskut tongkat dan memacam lagi. Eleh menu goreng-goreng dan western pun hado lah jugak. 

Of courselah kena order




Kopi kampung secawan kan, pekena plak dengan biskut tongkat keras ni. Cicah kaw-kaw then terus ngap masuk mulut. Lembut je lalu kat tekak dah tak yah nak kunyah, dasar pemalas ek hahahahha. Minum sorang secawan ermm enak.

Kemudian baru makanan sampai, tengoklah ktorang order

Mushroom soup

Mix grill

Nasi goreng ayam

Tapi ayam dah habis so nasi goreng kosong sajorlah. Kosong kosong pun siap telur goreng, keropok dan sambal belacan bagai ek.

Oklah not bad

Memang tak boleh nak predict selera Mr Big ni ek. Bila dah lepas waktu dinner tu, kebanyakan menu yang ‘signature’ tu dah abis. Jadilah makan ni kan, janji kenyang. Sambil makan tuh, lepak-lepak yang lagu dulu-dulu masyuk gak. 

So far harga sangat sangat sangat berpatutan untuk ktorang yang kuat makan ni. Harga bawah 45.00 tu boleh sangatlah untuk dinner ktorang berdua kan. Tapi kalau family ramai selalu makan luar kopak jugak kan kocek. 

Ok ok ni tompeknyee:

Kedai Kopi Karat  
No. 28A Jalan 3/70 
Seksyen 3 tambahan, 
Bandar Baru Bangi

Phone:+60 12-244 0885
Hours Open today · 10AM–11PM


Tapi kopinye memang awesome, style kampung-kampung. Diorang brew sendiri ni coz lain daripada yang lain. Tak yah tapis pun, once minum serdak tinggal kat bawah.

Selamat menjamu selera

5 comments :

Haslinda Lynn said...

kena pergi ni..
mcm best je tmpt dia..

Farah Waheda Wahid said...

macam memanggil-manggil pula kedai kopi karat nih...

Yana Yani said...

cantiknya gambo! suka tengok! =)
nampak sedapnya aje...
tapi rega tu buat tersedak juga..haha

Faizah Azmi said...

haaa akak! macam best je ni.
nak kena terjah ni.
harga menu, okay? anggaran berapa je tu?

ArELeEz said...

pinggan-mangkuk dia pon klasik. style lah!