Tuesday, January 5, 2016

Llaollao Yogurt (Froyo) Beli Kat Pavilion KL Je

Hi Korang,

Masa aku duduk JB sekejap tu dulu, office mate aku sibuk citer pasal aiskrim Llaollao ni.

Sebab tak de kat Malaysia, dia sanggup turun ke Singapore semata-mata nak makan aiskrim yogurt ni. Aku tanye kenapa? Dia cakap sedap.. la itu je.. tak masuk akal sungguh.


Kelakar plak namanya ejaan llao llao tapi sebutan as “yao yao” dan bukan “lau lau” hehehhe

Now bila aiskrim yogurt ni ada kat Malaysia, aku pun terus cuba.

Itu pun sebab ternampak kat area food court Pavilion KL ni. Orang tak de ramai sangat beratur so sekejapan je dapat. Kalau outlet kat Singapore diorang kena beratur panjang, may be kat Malaysia market belum beso lagi kot.

sumber photo : google.com

Dekat kaunter tu, ada memacam topping yang boleh menjulingkan mata korang. Kalau korang nak topping buah-buahan hah amik watermelon, mango, strawberries, kiwi, banana, melon, pineapple ermm ntah apa-apa lagi. Kalau nak topping cam crunchies macam almond brittle, muesli with chocolate, Oreos, dehydrated cranberry, caramelized sunflower seeds pun ada dan kalau nak topping ala-ala sos cam mango, white chocolate, black chocolate, caramel, Raffaello sauce tu pun hado.

Di sebabkan first time so aku pilih single topping je dulu.


Letak topping oreo tapi dah cair sebab dalam kereta baru teringat nak amik gambo, ishkk sedeyyyy

Sedap jugaklah, yogurtnya tak terlalu manis kiranya oreo tuh membantu untuk memaniskan sket froyo ni. Sekali suap terus nak suap lagi. Mr Big pun daripada tak nak, ewah terus nak lagi kan.

Untuk single topping ni harganya RM10.90 dan 3 topping tuh tak silap aku dalam RM18.90 kot sebab aku perasan orang depan aku order hah yang tuh. Ok kot harganya, sekali sekala kan. Kalau setiap hari kopak poket ooo...

Korang kalau nak cuba pun, ni hah aku kasi alamatnya

Llao llao Yogurt
Lot P1.23.00, Level 1,
Pavilion Kuala Lumpur Mall

sumber photo : google.com

Ok next time nak cuba yang 3 topping yang best seller froyo plak, diorang panggil “Sanum” (sebutan as “Sa-noom”), korang boleh customize lebih daripada 5 flavour dalam satu ais krim. 

Amik korang memang kena kilatlah gigi memasing sebab ngilu ek..

Anyway sedaplah...


5 comments :

sudipVSsenduk said...

thanks for the info. Mcm menarik la

luqman zakaria said...

Sanum? Hindi sangat..haha..boleh try nih kalau ke area Pavi sane.

ArELeEz said...

mmg indah sgt klu dpt ice cream time cuaca panas2 m'bahang. owh.. heaven..

Sharinginfoz said...

dah lama tak makan froyo, kena pulak musim panas sekarang

Fyda Noh said...

Belum pernah rasa ni.. tutty fruity je yg dah makan.. Tapi toppings dia memang tergodaa