Thursday, January 7, 2016

Love Me Seven Days Café, Alam Damai. Cafe ELFIRA LOY Rupanya

Hi Korang,


Aku pun tak tau tentang kewujudan café ni, ni semua gara-gara sesat di Cheras lah kan.

Sebenarnya aku ada keje time tuh, nak pi jumpa owner office warehouse yang company aku sewa untuk mintak dia sign tenancy agreement tahun 2016 ni. Sepatutnya pi time keja but takde masa so weekendlah baru sempat ke sini. Rajin tak? Harus jadi pekerja contoh kan.

Settle keje tup-tup perut lapar plak, Mr Big cakap kita makan area sini jelah.


Ok ok check kat social media, ada plak café ala-ala hipster around this area Alam Damai, ntah mana pun aku tak tau. So turn on WAZE then follow je instruction kan. 

Akhirnya sampai jugak, itu pun kena pusing 2 kali Wisma Alam Damai sebab tak nampak café Love Me Seven Days signboard sebabnya ianya tingkat atas. Mr Big cam bengang-bengang sebab nak kena panjat tangga kan. Eh ada lift lah so tekan sajor butang tuh.



Masuk-masuk je enviromentnya peaceful je. Senyap je cam semua orang sibuk makan dan borak pun slow-slow je. Wei ni café bukan library lah so ceria sket. Masuk je ktorang terus rasa cam bising sket maklumlah mulut kecoh. Sebab datang nak makan dan bukan buat review so kureng sket gambo persekitaran tapi memang cantik cafenya.


Masa waiter tu bagitau kitchen apa kena masak, eh cam biasa plak dengar suara ni ek. Sekali aku toleh pelakon kecik molek Elfira Loy rupanya. La owner Love Me Seven Days Café ek. Aku sendiri pun tak tau, terus view Instagram café ni barulah tau kisahnya.

nampak tak? Elfira sibuk melayan peminat kan

Sambil tunggu makanan layan movie dulu, pasang blue ray movie tau. Orang lain aku tengok sibuk berselfie dengan Elfira Loy ek jelah selebriti kena layan peminat elok-elok kang lari semuanya baru tau hahahaha

Ni je yang ktorang order

Nachos 

Wantan Mini Steamboat

Fish and Chip

Aglio Olio Seafood

Dah makan dulu ek

Not bad sedap, batter ikannya tak de lah tebal macam kedai-kedai western lain hidang tepung tebal ikan sket kan. Mini steamboat tuh walaupun kecik tapi sedap makan panas-panas, kira orang demam kalau makan ni boleh baik terus hehhehe. Nachos crispy tapi ktorang kena tunggu lama sket but worth it tunggu.


In terms of harga, aku rasa normal je tak delah mahai bebenau. Semua sekali RM76 lebih, dah memang kalau ktorang makan berdua gituh harganya so standard for us ek.

Elek excitedlah tu nak pi sebab ada Elfira Loy kan, ni hah tompek ek

Love Me Seven Days Cafe 
66-1 (first floor),
Wisma Alam Damai 
Alam Damai, Cheras

Waze: Maybank Alam Damai (nampak maybank dulu, then terus sampai hujung then cafe tingkat atas) 


Waktu operasi: jam 11 pagi hingga 11 malam

Emel : @loveme7days@gmail.com
Nombor yang boleh dihubungi : 603 91077580

Kalau nak jumpa Elfira Loy, korang datanglah sabtu malam coz dia ada café. Dapatlah berselfie-selfie bagai ek dengan dia. Ramai gak yang datang makan kat sini especially family coz macam aku pi tuh 2-3 family datang siap celebrate birthday lagi tau. 

Ok selamat makan korang…

6 comments :

Norma NML said...

Suka tgok suasana cafe tu..mcm so calm :)

luqman zakaria said...

adela follow elfra dekat insta..tapi tak tau location dekat mana ..tq share

hainom OKje said...

Dekat dengan rumah tu....Bolehlah pergi nanti kalau rasa nak berselfie dgn Elfira Loy hihi....

Terpaksalah kejam mata CL oii....nak selpie punya pasal hihi

Diza Abdul Kadir said...

Makanannya so-so ..x sesedap mana. Servis lambat .. have to put more seasoning ..agak tawar dlm setiap masakan

Diza Abdul Kadir said...

To be honest, mkanan x sesedap mana ..should put more seasoning sbb msakan agak tawar . Servis jgak agak lambat..

Diza Abdul Kadir said...

Makanannya so-so ..x sesedap mana. Servis lambat .. have to put more seasoning ..agak tawar dlm setiap masakan