Tuesday, January 12, 2016

Retoran ALE-ALE Nasi Padang SAFEE SALI, Johor Bahru.

Hi Korang,

Meh kita sambung lagi citer trip ke JB bulan lepas ek

Pemalas nau rasanya baru nak citer backdated kan, ala korang mesti bantai baca je pun kan hahahahha

Tak lengkap rasanya kalau turun JB tak ajak adik aku makan, biasalah ktorang kan di perantauan mak bapak jauh so adik-beradik kena support each other. Poyo sungguh rasanya ayat-ayat cinta ni hahahahha


Actually ktorang tak tau nak lunch kat mane time tuh, asyik-asyik makan di BERIANI ABAH je kan sekali sekala kena tukar selera sket.

Jom kak! Kita pi makan kedai Safee Sali.

Hah, Safee Sali pemain bola JDT tu dah bukak kedai makan ke biar betul? Ko ni nak kencing aku ek

La betullah,mehlah.

So ktorang pi kedai makan nasi padang Ale-Ale milik football JDT Safee Sali ni. Ermm rupanya kedai dia tempat aku rajin melepak time sekolah dulu kawasan perumahan SEDC, tapi tempat tuh dah tak de di gantikan dengan kawasan rumah kedai.

Kebetulan masa ktorang sampai tu, orang baru je keluar dari kedai tuh so dapatlah tempat duduk itu pun kan sebelah luar. Nasi padang kan, of courselah ramai orang bila time tengahari. Nak amik gambar makanan pun pun leceh kan, so x yah nak bergambar sangat ek.

bergedil, ayam kampung, telur puyuh sambal, dendeng berlado, paru kot ntah aku lupa sangat apa yang ktorang makan


Makan kat sini ada 2 cara samada korang pilih sendiri lauk style nasi campur tuh ataupun cara hidangan. Cakap je dengan kakak tu nak lauk apa nak dia siapkan dan hidang kat meja. Sebab budak berdua ni ala-ala diva malas nak gaduh so aku suruh hidang je. Rasanya 4-5 jenis lauk kot ktorang pilih.

Siap semua di hidang so apa lagi kita serangggg…

Rasanya semua tak bercakap kot sebab sibuk makan sampai tak terpandang pun yang Safee Sali belakang ktorang je. Makan makan dan makan. Adik aku sampai keluar peluh jantan lah sebab ada menu yang aku amik tu pedas hahahhahahahah. Yang Mr Big plak siap bertambah nasi nampak berselera benau.

Hah tersandar ko lepas makan memasing.

2 orang tukan paw dengan Safee Sali

tukang banjer dan tukang kuar duit bersama Safee Sali

Lepak sekejap redakan perut yang memuncit tuh, borak-borak bagai lepas tu blah pi tempat lain. Sempat jugaklah ktorang bergambar dengan Safee Sali, itu tandanya aku tak tipu korang ek hehehehhe

Ni tempatnya

Restoran Ale-Ale Nasi Padang 
No.36, Jalan Cengkerik 5,
Taman Kempas, JB
(area belakang KIP Mart tu je, dekat-dekat perumahan Taman Cempaka)

Korang orang JB patut pi cuba, tak de lah mahal sangat pun standard makan restoran nasi padang biasa. Yang penting tukang masak Indonesian mari so memang aunthentic

6 comments :

Diana Rashid said...

memang stay jb la safee ni nampak nya..kan?/lepas ni katanya aidil dengan isteri dia pun nak buka cafe kat jb..terjah la kak nanti kalau dah buka.

♥ aiNa yaZiD ♥ said...

Wah boleh cuba ni bila aina blik joho =)

Haslinda Lynn said...

untunglah dpt jumpa safee

Mohd Fauzi said...

last pkul berapa ea???

Mohd Fauzi said...

last pukul berapa ea??

Mohd Fauzi said...

last pkul berapa ea? taw x